Berita Harian

MB sekali lagi tegaskan isu bina kasino hanya fitnah liar

-

Dakwaan Forest City di sini, diberi kelulusan untuk pembanguna­n kasino, adalah fitnah liar dan dakwaan tidak benar sama sekali.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sekali lagi menegaskan ia sekadar persepsi jahat yang ditimbulka­n bagi menggagalk­an pembanguna­n Forest City yang akan dijadikan Zon Kewangan Khas (SFZ).

“Saya ingin menyentuh berkaitan cadangan pembinaan kasino di Forest City, ingin saya tegaskan sekali lagi berita berkenaan adalah fitnah liar dan tidak benar sama sekali.

“Ia tak ubah umpama bau busuk tidak berbangkai atau rantai besi dimakan bubuk.

Ia juga fitnah yang tidak masuk akal sekali melainkan hanya berunsurka­n niat jahat untuk mencemarka­n imej Forest City.

“Ia juga mengulangi persepsi negatif untuk gagalkan Forest City yg dilakukan pihak tertentu seperti

2018 dengan pelbagai hasutan dan fitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidanga­n Ketiga DUN Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Terdahulu, Liow Cai Tung (Dap-johor Jaya) bertanya kesahihan laporan berita beberapa media antarabang­sa mengenai sama ada kerajaan negeri memberi kelulusan untuk pembanguna­n pusat kasino di Forest City.

Pada 25 April lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.

Perdana Menteri dilaporkan turut menyatakan bahawa laporan media yang memetik sumber, bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino berlesen kedua itu adalah tidak betul.

Sebelum ini, Bloomberg dengan memetik sumber, melaporkan Perdana Menteri bertemu dengan dua hartawan terkemuka minggu lalu bagi membincang­kan rancangan membuka kasino di Forest City.

Laporan itu mendakwa Anwar, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan mengadakan makan tengah hari dan mesyuarat mengenai kemungkina­n memberikan lesen kasino kedua Malaysia.

Menurut laporan itu, turut berada pada mesyuarat itu ialah Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporatio­n Berhad, Tan Sri Vincent

Tan dan bekas Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Genting Hong Kong Ltd, Tan Sri Lim Kok Thay.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Machap turut menasihatk­an segelintir pihak yang suka menabur fitnah supaya insaf dan membuat perkara lebih bermanfaat.

“Pada mereka (pemfitnah) suka saya nasihatkan cukup-cukuplah. Insya-allah dengan sokongan padu kerajaan Persekutua­n di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang adalah masa terbaik untuk kita kembali membangunk­an Forest City,” katanya.

 ?? ?? Onn Hafiz Ghazi
Onn Hafiz Ghazi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia