Berita Harian

Status enam YB BERSATU sokong PM tak berubah

Speaker hanya buat keputusan selepas parti kemuka notis

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Status enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong pentadbira­n Perdana Menteri sebagai Ahli Parlimen setakat ini, masih tidak berubah, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata, keputusan muktamad mengenainy­a hanya akan dibuat jika pimpinan parti itu mengemukak­an notis makluman berhubung perkara terbabit.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata sehingga kini beliau belum menerima sebarang pemakluman daripada BERSATU mengenai kedudukan keenam-enam Ahli Parlimen terbabit.

“Saya tak terima apa-apa, tidak ada sesiapa yang hubungi, surat atau e-mel pun tiada. Jadi, tidak ada apa-apa yang berlaku selagi (surat atau notis makluman) tidak sampai ke meja saya.

“Jadi, status mereka masih MP (Ahli Parlimen), sebab tidak ada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi Legislativ­e Council of The Hong Kong Special Administra­tive

Region di pejabatnya, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumka­n, surat mengenai status keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU yang menyokong pentadbira­n Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor akan dihantar sejurus Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu selesai.

Tunggu pengesahan

Hamzah yang juga Ketua Pembangkan­g menegaskan BERSATU antara lain memberitah­u keputusan untuk menghentik­an keahlian mereka sudah diputuskan, namun sedang menunggu pengesahan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Johari menegaskan, beliau tidak mengambil pusing mengenai isu kepartian selagi ia tidak berkaitan dengan Parlimen.

“Harus diingat apa yang berlaku di luar Parlimen bukan bidang kuasa saya, sama ada satu parti itu nak ubah atau tambah Perlembaga­annya. Itu bukan masalah saya. Begitu juga apa yang terjadi kepada keahlian sesuatu parti, juga bukan masalah saya.

“Bagi saya, selagi ia tidak membabitka­n Parlimen, saya takkan terlibat dan ambil pusing. Ini kerana ia adalah isu politik, pentadbira­n politik dan isu membabitka­n pentadbira­n ROS (Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan).

“Hingga mereka selesaikan (masalah terbabit) dan akhirnya

datang kepada saya untuk meminta pandangan atau keputusan, waktu itu saya akan buat (keputusan). Sekarang ini tiada apa-apa yang berlaku lagi,” katanya.

Ditanya sekiranya beliau ada sebarang nasihat kepada BERSATU, jelas Johari, tiada keperluan untuk beliau berbuat demikian.

Untuk rekod, enam Ahli Parlimen

BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnai­n Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Johari (kanan) menerima kunjungan hormat Presiden Legislativ­e Council of The Hong Kong Special Administra­tive Region, Andrew Leung Kwan-yuen di Bangunan Parlimen, semalam.
(Foto BERNAMA) Johari (kanan) menerima kunjungan hormat Presiden Legislativ­e Council of The Hong Kong Special Administra­tive Region, Andrew Leung Kwan-yuen di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia