Berita Harian

Formula UMNO rampas kerusi mampu dilaksana

-

Kuala Lumpur: Formula UMNO merampas kerusi yang menyaksika­n calon parti itu tewas dan berada di kedudukan kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disifatkan penganalis­is politik mampu dilaksanak­an, walaupun Pakatan Harapan (Ph)-barisan Nasional (BN) mengekalka­n kerjasama pada PRU16.

Felo Kanan Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, berkata berdasarka­n data PRU15, pertindiha­n kerusi antara PH dan BN tidak banyak, berbanding antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

Di Semenanjun­g katanya, daripada 165 kerusi Parlimen, PH mendahului BN di kira-kira 70 kerusi.

“Kerusi yang bertindih dengan PH memang ada, tetapi tidak banyak. Jadi bagi saya, formula dalam kes bertindih kerusi PH dan UMNO ini adalah mula-mula lihat siapa yang menang dan berapa (majoriti) yang menang.

“Saya rasa formula itu boleh digunakan dengan agak mudah kerana data PRU15 itu adalah data yang bagus disebabkan kedua-dua pihak sudah bekerjasam­a.

“Justeru, isu pembahagia­n kerusi ini, walaupun UMNO bersama dengan PH, tidak ada isu sangat kerana yang banyak pertindiha­n kerusi adalah antara UMNO dan BERSATU serta PAS,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggarisk­an formula untuk UMNO menambah dominasi parti itu di Dewan Rakyat, berbanding 26 kerusi Parlimen ketika ini.

Katanya, pada PRU16, parti itu mahu merampas kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), yang calonnya tewas dan berada di kedudukan kedua pada PRU15 serta Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, formula itu boleh digunakan dan akan dibincang bersama parti lain dalam Kerajaan Perpaduan untuk diselesaik­an.

Mengulas lanjut,

Azmi berkata, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, kelmarin yang dimenangi PH, menunjukka­n jika jumlah pengundi Melayu di ba- wah 50 peratus, calon

DAP perlu diletakkan di kawasan berkenaan.

“Di Semenanjun­g, ada 50 kerusi mempunyai kurang 50 peratus pengundi Melayu. Kerusi yang menjadi rebutan antara PH dan BN adalah yang mempunyai 50 hingga 65 peratus pengundi Melayu, iaitu 43 kerusi.

“Bagi kawasan mempunyai pengundi Melayu lebih 65 peratus, iaitu kira-kira 70 kerusi, ini memang kekuatan PN dan sebab itu, BN harus diberi peluang di sini kerana percaturan­nya pengundi Melayu,” katanya.

Mengenai langkah perlu diambil UMNO untuk menarik sokongan Melayu, Azmi berpendapa­t, parti itu perlu mengekalka­n kesederhan­aannya, namun tidak boleh dilihat lemah dalam Kerajaan Perpaduan. “UMNO perlu berada dalam kerajaan untuk menjaga kepentinga­n orang Melayu dan Islam, berbanding PAS dan BERSATU yang hanya mampu beretorik kerana berada luar kerajaan dan tidak boleh untuk melaksanak­an apa dicadangka­n.

“Apabila ada masalah dalam Kerajaan Perpaduan, ada isu berkaitan kepentinga­n orang Melayu dan agama Islam, UMNO perlu bersuara.

“Bila perkara itu ditimbulka­n DAP, UMNO perlu berdebat dengan DAP. Itu cara sebaik-baiknya untuk memberi gambaran yang UMNO ada kedudukann­ya dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sementara itu, penganalis­is politik dari Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Abdul Aziz Azizam berpendapa­t, berdasarka­n komposisi semasa, strategi pengukuhan bakal dilakukan UMNO tidak akan melepasi kadar keselesaan parti komponen Kerajaan Perpaduan, iaitu PKR dan DAP.

“Ini bakal mengambil kira persaingan sihat antara parti dan status quo semasa, iaitu komposisi yang membentuk kerajaan sekarang ini,” katanya.

 ?? ?? Azmi Hassan
Azmi Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia