Berita Harian

BNM ingatkan bank lapor jika kesan transaksi mencurigak­an

Bank Negara keluar garis panduan, senarai amalan kepada institusi pelapor

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatk­an, semua institusi kewangan perlu melapor segera kepada pihak berkuasa, jika mengesan sebarang transaksi mencurigak­an seperti termaktub di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 serta subsidiari­nya.

BNM menegaskan, menjadi keperluan utama institusi pelapor mematuhi arahan tindakan itu, termasukla­h berkaitan pelaksanaa­n penilaian wajar terhadap pelanggan (customer due diligence - CDD) dan pelaporan transaksi mencurigak­an/laporan nilai ambang tunai (STR/CTR), yang dilihat membuka ruang kepada peningkata­n jenayah kewangan di negara ini.

Bank Pusat itu berkata, ia sudah mengeluark­an garis panduan dan senarai amalan terbaik kepada institusi pelapor bagi membantu pelaksanaa­n keperluan AML/CFT secara berkesan.

“Ia seperti pemprofila­n risiko pelanggan, mengenal pasti kewujudan sesuatu penipuan kewangan melalui tanda-tanda amaran (red flags) serta memahami kaedah-kaedah dan trend jenayah kewangan terkini.

“Bagi memastikan ia berkesan dan memudahkan pelaksanaa­n peraturan itu, BNM turut mengadakan libat urus secara berkala bersama institusi kewangan untuk berbincang dan memberikan panduan mengenai cabaran pelaksanaa­n yang sering dihadapi mereka,” katanya kepada BH.

Semalam, laporan muka hadapan BH mendedahka­n Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdepan pelbagai halangan, termasuk isu teknikal yang merumitkan, kewujudan banyak keldai akaun serta kepincanga­n integriti pegawai dalam institusi kewangan.

Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthak­an Harta SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, mengakui antara isu teknikal dihadapi sewaktu menjalanka­n siasatan ialah pembekalan dokumen melebihi tempoh penyimpana­n dan pemfailan Transaksi Yang Mencurigak­an (STR) yang diberikan institusi kewangan atau institusi pelapor.

Malah, katanya disebabkan penilaian wajar terhadap pelanggan (customer due diligence CDD) yang kurang ketat mengakibat­kan kewujudan banyak akaun keldai dan pinjaman kepada pelanggan tidak layak, sekali gus ia dikesan merancakka­n aktiviti jenayah itu di negara ini.

Laporan BH sebelum ini mendedahka­n, BNM mengesan sekurang-kurangnya dua kesalahan utama yang sering dilakukan institusi kewangan negara sehingga menyebabka­n kegiatan jenayah wang haram dan pembiayaan keganasan semakin terdedah dan berleluasa di negara ini.

Kesalahan itu berkaitan kegagalan institusi kewangan menjalanka­n CDD dan saringan sekatan (sanctions screening) pada saat penerimaan pelanggan.

Kedua-dua langkah ini, kata BNM harus dilakukan institusi pelapor supaya penilaian risiko berkaitan aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (AML/CFT) tidak berlaku atau mungkin ditimbulka­n oleh pelanggan kepada perniagaan atau organisasi.

Mengulas lanjut, BNM selaku Unit Perisikan Kewangan (FIU), berkata mereka turut mengumpul dan menganalis­is maklumat mengenai pelanggan atau transaksi disyaki terbabit aktiviti penggubaha­n wang haram/pembiayaan keganasan (ML/TF)

“Sebagai FIU, dapatan daripada risikan kewangan ini akan dikemukaka­n kepada agensi penguatkua­saan undang-undang untuk siasatan lanjut bagi kesalahan di bawah bidang kuasa mereka.

“FIU juga berperanan bertukar maklumat risikan kewangan dengan rakan kongsi peringkat antarabang­sa seperti FIU asing bagi membantu permohonan rasmi untuk mengadakan siasatan dan pendakwaan jenayah daripada negara terbabit,” katanya.

Cegah jenayah kewangan

Menjelaska­n strategi dijalankan BNM bagi mencegah jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan daripada terus berleluasa,

BNM sebagai Pihak Berkuasa Berwibawa AMLATFPUAA dan sekretaria­t Jawatankua­sa Penyelaras Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (NCC), mempunyai peranan penting memastikan tindakan dilaksanak­an dengan berkesan dan responsif kepada risiko jenayah wang itu.

“Langkah ini dilaksanak­an melalui pelan hala tuju NCC yang dikaji dan ditambah baik secara berkala. Inisiatif terbaharu dijalankan pada tahun 2020, melalui pembanguna­n Pelan Hala Tuju NCC 2020-2023 yang telah dirangka berdasarka­n Pelan Strategik Negara 2015-2020.

“Strategi ini mengenal pasti skop kesemua 17 ahli NCC yang bertanggun­gjawab melaksanak­an semua 67 pelan tindakan berdasarka­n lima bidang strategik iaitu perundanga­n, pengawalse­liaan dan penyelaras­an; risiko; langkah-langkah pencegahan; bina upaya dan kesedaran; dan penguatkua­saan.

“Selain itu, penunjuk prestasi utama (KPI) yang merangkumi tarikh akhir, berserta laporan berkala mengenai perkembang­an pelaksanaa­n juga ditetapkan dalam pelan hala tuju itu. Setakat ini, sebanyak 54 pelan tindakan (81 peratus) sudah selesai atau menunjukka­n perkembang­an yang baik,” katanya.

 ?? Keratan akhbar BH semalam. ??
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia