Berita Harian

Pelan jangka panjang KKM tangani kekurangan doktor

Pelan Induk Sumber Manusia dipadan dengan jumlah fasiliti, kemudahan sektor kesihatan awam

- Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Kesihatan (KKM) merangka Pelan Induk Sumber Manusia bagi menangani isu kekurangan doktor dalam sektor kesihatan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pelan itu akan dipadankan dengan jumlah fasiliti serta kemudahan dimiliki KKM.

“Untuk jangka panjang, saya sudah mengarahka­n untuk kita buat Pelan Induk Sumber Manusia dan dipadankan dengan fasiliti pembanguna­n kita.

“Di samping apa yang kita terpaksa berusaha untuk tangani isu ini, dalam jangka panjang, kita akan ada satu yang bersifat dokumen sumber manusia, (untuk) keperluan bukan sahaja di KKM, malah di seluruh negara,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan dan Sidang Kemuncak Imunisasi Kebangsaan 2024 di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan berikutan kekurangan graduan

perubatan, jumlah doktor pelatih KKM menurun sehingga 50 peratus sejak 2019 hingga menyebabka­n penempatan doktor pelatih di hospital kerajaan semakin menurun.

Berdasarka­n rekod, jumlah doktor pelatih pada 2019 adalah 6,134 dan angka itu menurun kepada 4,934 pada 2020 diikuti 4,173 (2021); 3,245 (2022) dan 3,271 pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, pelan itu akan dirangka dengan kerjasama kementeria­n lain, termasuk Kementeria­n Pendidikan Tinggi.

Perluas program ‘outreach’

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, Datuk Zainal Alhakab Seman, berkata kementeria­n akan memperluas­kan

program outreach bagi menarik lebih ramai graduan tahun akhir jurusan perubatan untuk menyertai KKM.

“Bagi isu kekurangan MO (pegawai perubatan) dan HO (doktor pelatih), dari segi operasi kita sudah mengadakan outreach di lapangan dengan terbaharu di Pulau Pinang bersama Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA),

“Kita mempromosi­kan graduan atau pelajar tahun akhir ini di mana mereka boleh memohon untuk mendaftar dan sebagainya. Kita akan perluaskan lagi program ini supaya mungkin jumlah (sumber manusia) yang agak menyusut sedikit (dapat ditangani),” katanya.

Zainal berkata, dari segi perjawatan, kerajaan sebelum ini sudah

bersetuju meluluskan kira-kira 800 jawatan pakar setiap tahun.

Terdahulu dalam ucapan pada majlis itu, Dr Zulkefly berkata, kerajaan meluluskan pemberian vaksin kombinasi Tetanus-difteria-pertussis (DTAP) kepada ibu hamil bermula hujung tahun ini, bagi melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan penyakit Pertussis.

“Vaksin itu akan diberi secara percuma kerana ia termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

“Kita juga sedang pertimbang vaksin influenza (masuk dalam NIP), kerana kita tahu warga emas terdedah kepada risiko (jangkitan). Saya harap dalam Bajet 2025 atau seterusnya, kita akan mohon dimasukkan dalam NIP khas untuk warga emas,” katanya.

 ?? (Foto Hazreen Mohamad/bh) ?? Dr Dzulkefly menyempurn­akan Majlis Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan dan Sidang Kemuncak Imunisasi Kebangsaan 2024 sambil diperhatik­an Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (dua dari kiri) di Putrajaya, semalam.
(Foto Hazreen Mohamad/bh) Dr Dzulkefly menyempurn­akan Majlis Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan dan Sidang Kemuncak Imunisasi Kebangsaan 2024 sambil diperhatik­an Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (dua dari kiri) di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia