Berita Harian

‘United hilang daya tarikan’

Bekas bintang akui keunikan kelab kian pudar, sukar pikat nama besar

- Aston

Manchester: Dwight Yorke berkata, dia tidak akan bermain dengan pasukan seperti Manchester United yang dikendali Erik ten Hag.

Kekalahan 4-0 kepada Crystal Palace pada Isnin meletakkan mereka hanya 54 mata selepas 35 perlawanan, yang bakal menjadi kempen Liga Perdana Inggeris terburuk kelab itu.

Bagi Yorke, yang meunited nyertai pad awal musim treble

1998-99 dari

Villa, keunikan kelab itu semakin pudar dan sukar untuk menarik nama besar.

“Saya rasa orang mula berfikir dua kali sama ada mahu menyertai United atau tidak.

“Kelab ini tidak pernah membuatkan anda ragu-ragu untuk menyertain­ya. United mahukan anda? Anda tidak perlu fikir dua kali.

“Sekarang pemain jadi tidak pasti. Ia bukan petanda yang baik. Saya sendiri tidak mahu bermain,” kata Yorke.

Bekas rakan sepasukan Yorke, Andy Cole turut senada berkenaan situasi United sekarang.

Cole kecewa

Yorke dan Cole ditemu bual untuk dokumentar­i baharu berkenaan wira treble United pada 1999 yang akan ditayangde­pan. kan minggu Sebagai pemain, gandingan Yorke dan Cole menjelmaka­n keliga juaraan Perdana Inggeris, Piala Fa dan Kejuaraan Eropah buat United.

Menurut Cole, dia kedengan cewa kemerosopr­estasi an United sejak beberapa tahun lalu. “Memang sukar kerana saya tidak pernah melihat Manchester United berada dalam posisi ini.

“Pada zaman saya, kami meninggalk­an legasi yang membuatkan pemain baharu mahu datang ke Old Trafford dan cuba melakukan perkara sama.

“Apabila melihat pasukan sekarang dan pasukan sebelum ini, saya garu kepala, kerana anda perlu faham apa itu Manchester United.

“Ia berkenaan kemenangan, persaingan, terbabit dan bersaing untuk kejuaraan utama, terutama dalam perlawanan domestik.

“Kami terlalu jauh sekarang. Kita sering katakan ‘Oh beberapa tahun lagi’, tetapi ini sudah terlalu lama. Bila Man United akan mula bersaing untuk kejuaraan liga? Itulah situasinya sekarang,” kata Cole.

AGENSI

 ?? ??
 ?? ?? Andy Cole
Andy Cole

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia