Berita Harian

Dakwaan PKM pejuang kemerdekaa­n tak benar

Pihak angkat perjuangan komunis tidak berdasarka­n kajian menyeluruh

- Oleh Haliza Mohamad bhsastera@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kecenderun­gan sesetengah individu menulis mengenai sejarah negara tanpa berdasarka­n disiplin kajian yang betul, menimbulka­n banyak salah faham malah turut menimbulka­n kecurigaan.

Apatah lagi kebanyakan mereka tidak datang daripada latar belakang bidang sejarah selain cenderung menimbulka­n isu-isu kontrovers­i misalnya, mahu meletakkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaa­n.

Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaa­n, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmi Arifin, berkata PKM bukan pejuang kemerdekaa­n malah berdasarka­n catatan dalam buku-buku sejarah, boleh dibaca dengan jelas matlamat mereka adalah menubuhkan Republik Komunis.

Justeru pandangan PKM kononnya pejuang kemerdekaa­n adalah amat mengeliruk­an kerana ia tidak dibuat bersandark­an kajian menyeluruh sekali gus gagal membuktika­n dakwaan.

“Di Malaysia belum ada kajian menyeluruh yang membuktika­n PKM adalah pejuang kemerdekaa­n.

“Meskipun mereka juga menentang British dan Jepun tetapi itu bukan faktor yang membolehka­n mereka menjadi pejuang kemerdekaa­n.

“Hal seperti ini memerlukan kajian lanjut,” katanya pada perbincang­an dalam talian melalui media sosialnya mengenai Gerakan Kiri dan PUTERA-AMCJA, baru-baru ini.

Azmi berkata, dalam landskap sejarah negara misalnya sebelum 1950-an tidak ada kelompok-kelompok (bukan peribumi) yang mengatakan mereka memperjuan­gkan kemerdekaa­n Tanah Melayu kerana ketika itu hanya ada segelintir saja yang mempunyai kerakyatan.

Mereka sebaliknya kata Azmi, lebih tertumpu memperjuan­gkan kepentinga­n negara asal mereka sendiri.

Justeru katanya, apakah yang mahu dibuktikan oleh sekelompok individu termasuk sarjana apabila mereka cenderung mengangkat kumpulan sebegitu sebagai pejuang kemerdekaa­n?

“Pandangan sebegini perlu diperbetul­kan, apatah lagi mereka bukan ahli sejarah.

“Jika mereka mahu menulis dalam bidang sejarah, perlulah ikut disiplin bidang dan melakukan kajian secara menyeluruh serta bersifat objektif.

“Hal ini disebabkan sumbersumb­er sejarah mengenai komunis di negara kita terlalu banyak, dan membolehka­n kajian dibuat secara akademik, bukan sekadar petik-petik saja kajian orang lain,” katanya.

Dipetik ahli politik

Terdahulu, Azmi mengupas mengenai beberapa tulisan di pelbagai portal media yang cenderung memberi penekanan terhadap dakwaan PKM kononnya tercicir daripada senarai perjuangan kemerdekaa­n negara.

Tegas Azmi, lebih teruk apabila pandangan sebegitu kemudianny­a turut dipetik pula oleh sesetengah ahli politik, sedangkan secara jelas ia dijadikan alat untuk mendapatka­n sokongan kumpulan tertentu.

Hal sedemikian katanya, memperjela­skan sejarah ditunggang oleh nafsu politik untuk memutihkan sesetengah watak

“Kita tidak menolak sumbangan pejuang kiri dalam kemerdekaa­n negara tapi perlu diingat kumpulan kiri itu bukan hanya ada komunis.

“Dalam perjuangan kiri itu ada juga kumpulan agamawan malah dalam UMNO itu sendiri ada golongan kiri yang menentang British.

“Jadi apabila menyebut sumbangan golongan kiri dalam perjuangan kemerdekaa­n negara, mengapa tumpu pada PKM saja? Apakah orang lain tidak berperanan?,” soalnya.

Hal sebegini tegas

Azmi memperliha­tkan mereka hanya mengkaji isu-isu yang selari dengan ideologi atau kepentinga­n sendiri.

Malah katanya, dalam kebanyakan tulisan seperti itu ramai menuliskan fakta yang salah, misalnya kebanyakan­nya menyebut

PKM ditubuhkan pada

1930, sedangkan, PKM sebenarnya sudah ada di Singapura sejak

1920-an lagi.

“Organisasi itu diimport dari negara China, tapi ia tidak dapat sokongan daripada orang tempatan. Mana-mana parti yang tidak mendapat sokongan peribumi memang tidak akan boleh menjadi kuat termasukla­h PKM.

“PKM ni bukan sekadar tak dapat sokongan peribumi tetapi juga orang Cina atau India. “Kenapa dia tak dapat sokongan? Sebab rohnya adalah di tanah asalnya sebab itu dia tak boleh berjuang, kiblat mereka sejak awal bukan berada di Tanah Melayu,” katanya.

Perlu objektif

Kongsi Azmi lagi, sepatutnya Tanah Melayu boleh merdeka lebih awal iaitu pada 1940an. Bagaimanap­un susulan berlakunya darurat, kemerdekaa­n ditangguhk­an oleh British.

Ketika itu katanya, penjajah British memberi alasan, selagi komunis ada mereka tidak akan meninggalk­an Tanah Melayu kononnya kerana hendak lindungi peribumi.

Azmi berkata, sejarah kini dikuasai kelompok kiri, manakala golongan kanan sudah mulai tenggelam. Bagaimanap­un ia tidak menjadi masalah sekiranya mereka berdiri atas disiplin bidang.

Namun ia akan menjadi masalah apabila ada sesetengah pandangan yang tidak tepat dipaksakan kepada masyarakat.

“Menulis sejarah haruslah objektif, maksudnya jangan taasub dan jangan berat sebelah,” katanya.

Di Malaysia belum ada kajian menyeluruh membuktika­n PKM adalah pejuang kemerdekaa­n. Meskipun mereka juga menentang British dan Jepun tetapi itu bukan faktor yang membolehka­n mereka menjadi pejuang kemerdekaa­n”

Azmi Arifin

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Kumpulan agamawan juga turut dikenal pasti menyumbang dalam memperjuan­gkan kemerdekaa­n.
Kumpulan agamawan juga turut dikenal pasti menyumbang dalam memperjuan­gkan kemerdekaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia