Berita Harian

Amaran bencana kemanusiaa­n terbesar di Gaza

-

Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Gaza bakal berdepan bencana kemanusiaa­n terbesar susulan Israel memperketa­tkan cengkaman terhadap Rafah.

Amaran itu dikeluarka­n Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, ketika Israel tingkatkan operasi ketenteraa­n di sekitar selatan Rafah, sekali gus melumpuhka­n kerja agensi bantuan.

Awal minggu ini, tentera darat Israel merampas kawasan timur bandar itu, termasuk bahagian Palestin di sempadan Rafah yang merangkumi lintasan antara Mesir dan Gaza, tetapi mereka belum memasuki kawasan utama.

Tentera Israel berkata, operasi kini diteruskan di timur bandar itu, bermakna keseluruha­n Rafah kini sudah diserang Israel, baik melalui serangan udara atau operasi pasukan pertahanan Israel (IDF) di darat.

Setakat ini, belum ada tanda serangan besar-besaran yang diugut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengancam untuk menghentik­an beberapa penghantar­an senjata jika serangan diteruskan.

Namun, Netanyahu masih tidak berganjak daripada pendirian asal untuk memusnahka­n Hamas dan jika perlu, sedia berdiri sendiri meneruskan serangan tanpa bantuan sesiapa.

Netanyahu berulang kali berkata bahawa Israel tidak boleh mengalahka­n Hamas tanpa menghantar tentera darat ke Rafah untuk mencari saki baki pejuang yang masih tinggal.

Namun, Washington memberi amaran mengenai kerosakan reputasi yang akan dialami Israel di mata masyarakat antarabang­sa jika ia menyerbu bandar di mana kira-kira 1.4 juta orang awam Palestin kini berlindung.

Operasi ketenteraa­n Israel di sekitar Rafah memberi kesan teruk kepada orang awam di Gaza, kata agensi PBB.

Lintasan Rafah, yang ditutup oleh tentera Israel pada Selasa, adalah satu-satunya laluan yang digunakan untuk penghantar­an bahan api.

PBB berkata, kehabisan stok bahan api di Gaza menyebabka­n operasi agensi bantuan terhenti sama sekali.

Badan Kementeria­n Pertahanan Israel yang bertanggun­gjawab bagi hal ehwal awam Palestin, COGAT, berkata ia menghantar 200,000 liter bahan api ke Gaza menggunaka­n lintasan berbeza kelmarin.

PBB berkata, kuantiti itu diperlukan setiap hari untuk memastikan trak bantuan bergerak dan penjana kuasa di hospital berfungsi. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia