Berita Harian

Ketua ‘Ayahanda’ antara 14 ditahan dalam Op Cantas

Polis rampas sepucuk senjata api mainan, pisau pemotong daging, pedang samurai

- Oleh Juwan Riduan bhnews@bh.com.my

Ketua sebuah pertubuhan haram bergelar ‘Ayahanda’ antara 14 ditahan dalam Op Cantas (Gengsteris­m) di kawasan gerai menjual burger di Inanam Point, Jalan Tuaran, di sini, Rabu lalu.

Semua suspek lelaki berusia 22 hingga 49 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat,

Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu anggota Balai Polis Inanam, jam 10.10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis, Azmi Abd Rahim, berkata hasil pemeriksaa­n mendapati mereka mendakwa ahli Pertubuhan Amal Nusantara

Bersatu Sabah (ANB).

“Semakan dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati logo yang digunakan oleh pertubuhan itu adalah tidak berdaftar.

“Selain itu, ada unsur-unsur kumpulan Double 7 yang diwartakan sebagai pertubuhan haram pada 2013,” katanya ketika dihubungi,

semalam.

Azmi berkata, operasi itu turut menahan seorang lelaki yang dipercayai sebagai ketua pertubuhan ANB Bersatu di Sabah dengan gelaran ‘Ayah Abu Nilam Bersatu’.

“Dalam serbuan, sepucuk senjata api mainan menyamai pistol C15, sebilah pisau pemotong daging berserta sarung, pedang samurai turut dirampas.

“Selain itu, rampasan membabitka­n 20 keping pelekat tertera logo kumpulan, kad ahli, 12 telefon bimbit dan empat kereta pelbagai

jenis tertera pelekat pertubuhan ANB dan kumpulan Double 7,” katanya.

Pertubuhan ada lebih 100 ahli

Beliau berkata, siasatan juga mendapati pertubuhan berkenaan kini mempunyai seramai 100 ahli di sekitar bandar raya ini, Kota Belud, Ranau, Semporna dan Sandakan.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

 ?? (Foto ihsan PDRM) ?? 14 lelaki dipercayai ahli pertubuhan haram ditahan menerusi Ops Cantas di Inanam, Kota Kinabalu.
(Foto ihsan PDRM) 14 lelaki dipercayai ahli pertubuhan haram ditahan menerusi Ops Cantas di Inanam, Kota Kinabalu.
 ?? ?? Pistol mainan, pisau dan pedang samurai yang dirampas dalam Ops Cantas di Inanam.
Pistol mainan, pisau dan pedang samurai yang dirampas dalam Ops Cantas di Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia