Berita Harian

PM teruskan misi negara ke Qatar

Malaysia aktif teroka peluang pelaburan

-

hasil memberangs­angkan di Riyadh, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan misinya ke Qatar, satu lagi negara Arab Teluk yang merekodkan pendapatan perkapita tertinggi di dunia, dalam usaha menarik pelaburan ke Malaysia.

Selain memenuhi jemputan rasmi Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, lawatan rasmi Perdana Menteri cukup signifikan bagi kedua-dua negara, terutama dalam meraikan hubungan 50 tahun yang terjalin antara Kuala Lumpur dan Doha sejak 1974.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumka­n kejayaan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi bukan sahaja diterjemah­kan dari segi pelaburan tetapi juga membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek besar di negara itu.

Selain Acwa Power, syarikat tenaga yang memutuskan pelaburan melebihi AS$10 bilion bermula di Melaka dan Kerian di Perak dan mungkin satu dua tempat yang mereka pilih, terdapat juga perbincang­an dengan syarikat lain dan kerjasama dalam bidang lain.

Justeru, lawatan Perdana Menteri ke Doha selama tiga hari bermula malam esok sekurang-kurangnya diharap membuahkan hasil sama atau mungkin lebih besar buat negara.

Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan berkata, Perdana Menteri dalam lawatan sulungnya ke Qatar akan mengisi jadual padat sepanjang tempoh dua hari dengan antara pengisian utama sudah tentu menghadiri Forum Ekonomi Doha (DEF).

Beliau berkata, DEF edisi keempat ini akan mengumpulk­an pertemuan antara ahli ekonomi dan perniagaan khususnya melalui sesi perbincang­an roundtable.

“Menariknya, selain menjadi tetamu utama bersama pemimpin negara lain ketika forum, Perdana Menteri sendiri akan ada satu sesi dialog bersama pelabur yang dijangka berlangsun­g kira-kira 30 minit untuk berkongsi pandangan dan pendirian dengan Emir Qatar turut hadir sebagai audien.

“Perdana Menteri juga akan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kapten industri, di mana beliau dijangka berjumpa sekurang-kurangya 30 wakil syarikat Qatar bagi menjelaska­n keadaan ekonomi dan apa yang boleh ditawarkan kita kepada mereka untuk datang dan melabur di Malaysia,” katanya ketika sidang media di Kedutaan Malaysia di sini, semalam.

Jumlah dagangan dua hala Malaysia dan Qatar pada 2023 ialah RM4.2 bilion, konsisten tertinggi sejak kali pertama merekodkan angka AS$1 bilion pada 2022.

Perluas pasaran dagangan

Mengulas signifikan hubungan Kuala Lumpur-doha, Zamshari berkata Qatar cukup penting bagi Malaysia selaku negara perdaganga­n untuk meneroka peluang pelaburan, malah peranan negara ini juga amat berpotensi buat Malaysia sebagai pintu untuk meluaskan pasaran dagangan ke negara lain termasuk negara Afrika dan Asia Tengah.

“Dengan pertemuan dua hala, diharapkan ia akan menjadi satu permulaan baik dalam usaha untuk menginstit­usikan hubungan melalui penganjura­n platform secara berterusan antara kedua-dua pihak untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai Visi Kebangsaan Qatar 2030 yang dilihat memberi ruang kepada syarikat Malaysia untuk mengambil membawa masuk dan terbabit dalam sektor tertentu seperti kitar semula dan tenaga boleh diperbahar­ui (RE) di Qatar demi manfaat bersama.

“Semua sedia maklum Qatar adalah sebuah negara kaya dengan GDP antara kedua dan ketiga tertinggi di dunia, malah turut diakui sebagai pengeluar gas asli cecair (LNG) terbesar dunia mengalahka­n Russia dan Australia.

“Mereka memerlukan pengetahua­n dari segi kajian penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara sumber untuk memenuhi keperluan itu.

“Sebagai contoh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Qatar yang ditubuhkan dan akan dirasmikan Perdana Menteri melalui lawatannya ke Doha sepatutnya dijadikan iktibar dan diharap akan ada lebih banyak lagi sepertinya kelak,” katanya.

Anwar yang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan diberikan sambutan rasmi oleh Sheikh Tamim Hamad Al Thani, sebelum mengadakan kunjungan menghadap ke atas Emir Qatar itu.

Lawatan akan turut membabitka­n pertemuan dua hala antara Perdana Menteri dengan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahma­n bin Jassim Al-thani.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincang­kan kemajuan hubungan dua hala terutama mengenai kerjasama ekonomi dan pendidikan serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabang­sa, termasuk konflik Palestin-israel.

 ?? ??
 ?? ?? Zamshari Shaharan
Zamshari Shaharan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia