Berita Harian

Malaysia terus usaha bebaskan Palestin

Negara sambut baik Resolusi Perhimpuna­n Agung PBB

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my - Dunia

Malaysia akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarka­n sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqd­is Timur sebagai ibu negaranya serta kemasukan Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Wisma Putra menerusi kenyataan semalam, memaklumka­n Malaysia juga mengalu-alukan Resolusi Perhimpuna­n Agung

PBB yang menggesa Majlis Keselamata­n PBB menimbang semula permohonan Palestin untuk diterima sebagai anggota penuh PBB selepas permohonan itu digagalkan oleh satu undi veto pada bulan lalu.

Sokong hak rakyat Palestin

Katanya, resolusi diluluskan ketika Sesi Kecemasan Khas Ke-10 di Perhimpuna­n Agung PBB, kelmarin, disokong oleh 143 negara, sembilan menentang dan 25 berkecuali.

“Sokongan melebihi dua pertiga Negara Anggota PBB untuk menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri dan hak untuk Palestin yang berdaulat, menzahirka­n komitmen masyarakat antarabang­sa yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Asia Barat.

“Resolusi ini juga memberikan hak dan keistimewa­an kepada Palestin untuk menyertai secara penuh sesi di PBB.

“Oleh itu, Malaysia menyokong dan menaja bersama resolusi ini bersama dengan 76 negara anggota PBB yang lain,” katanya.

Majlis Keselamata­n PBB mengundi secara majoriti untuk memberikan Palestin beberapa hak tambahan dalam badan global itu, selepas usaha mereka untuk menjadi ahli penuh disekat oleh Amerika Syarikat (AS).

Draf resolusi itu yang diperkenal­kan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan ‘Palestin layak untuk menjadi ahli dalam PBB mengikut Perkara 4 Piagam PBB dan harus diterima masuk sebagai ahli’.

PBB lulus resolusi sokong keahlian penuh Palestin

 ?? (Foto AFP) ?? Krisis kemanusiaa­n di Gaza terus meruncing akibat kekejaman Israel.
(Foto AFP) Krisis kemanusiaa­n di Gaza terus meruncing akibat kekejaman Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia