Berita Harian

Aksi Faisal mungkin tak sama seperti dulu

-

Kuala Lumpur: Kecederaan melecur tahap empat yang dialami Faisal Halim akibat serangan simbahan asid mencetuska­n tanda tanya mengenai masa depan karier pemain bola sepak kebangsaan itu.

Berdasarka­n kecederaan serius itu, terdapat kemungkina­n juga sukar untuk melihat aksi Faisal atau Mickey seperti yang dulu kerana kecederaan tahap empat membabitka­n otot, tulang dan saraf selain mengambil masa yang panjang untuk pulih.

Doktor kulit di Klinik Usraa, Dr Noor Ameera Rahmat menjelaska­n peluang untuk Faisal pulih ada dan masih terlalu awal untuk mengatakan kecederaan yang dialami itu boleh menamatkan kariernya.

Beliau bagaimanap­un berkata, kebiasaann­ya pesakit yang mengalami kecederaan melecur tahap empat juga sukar untuk pulih 100 peratus seperti asal.

Justeru, katanya, bagi kes Faisal, kecederaan itu mungkin memberi kesan kepada kariernya yang mana boleh menyebabka­n dia sukar bermain bola sepak seperti dahulu.

“Ada peluang untuk (Faisal) pulih, cuma untuk pulih 100 peratus sukar, mungkin 30 ke 40 peratus sahaja. Ia akan membabitka­n banyak siri pembedahan dan pembedahan itu pun ambil masa yang lama sebab doktor nak tengok perkembang­an luka dia.

“Kalau tahap empat memang mengambil masa berbulanbu­lan sebab dari pembedahan pun akan ambil 17 ke 21 hari. Bergantung kepada perkembang­an luka, kalau dia tiada penyakit lain dan menjaga pemakanan, mungkin mudah atau cepat luka nak baik.

“Jika diikutkan, kecederaan tahap empat boleh menjejaska­n karier dia, tapi kita tengok dalam proses penyembuha­nnya. Kalau dia kuat semangat dan luka dia cepat baik, mungkin ada peluang untuk dia bermain semula dan masih terlalu awal nak kata dia perlu bersara awal.

“Untuk pembedahan, doktor akan ambil kulit tempat lain seperti paha bagi menutup tempat kulit yang terbakar dan kalau perasan bila terbakar kulit akan jadi macam tertarik. Ia perlu rawatan sebab bila kulit tertarik ia akan menyebabka­n pergerakan terbatas,” katanya kepada BH Sukan.

Sementara itu, Dr Muhammad Aliff Md Zaki menjelaska­n walaupun mengalami kecederaan pada tangan dan badan, namun ia akan memberi kesan kepada persembaha­n Faisal kerana ia mempengaru­hi keseimbang­an badan pemain berusia 26 tahun itu.

Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Gambang, Kuantan itu berkata, otot yang rosak atau putus apabila dirawat dan disambung semula tidak akan sempurna seperti asal.

“Mungkin kita tak akan nampak Faisal yang dulu, kecuali kalau pembedahan yang dilakukan dapat merawat sepenuhnya kecederaan dan mungkin dia boleh kembali kepada persembaha­n asal. Namun, apabila sudah sampai kes macam ini (kecederaan tahap empat), jarang boleh kembali pulih kepada asal.

“Faisal juga akan menjalani proses fisioterap­i untuk menguatkan kembali anggota badan selain dia mungkin memerlukan proses pemulihan dari segi mental kerana ini bukan kes kemalangan biasa, tapi kes jenayah. Ia boleh menyebabka­n mangsa trauma atau takut.

“Faisal mungkin seoyang rang atlet memiliki mental kuat, cuma apabila dia kembali ke dunia luar nanti kita risau dia traulebih ma. Jadi baik rujuk kepada psikiatri untuk pastikan mentalnya berada pada tahap terbaik,” katanya.

 ?? ?? Dr Noor Ameera
Dr Noor Ameera
 ?? ?? Faisal Halim
Faisal Halim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia