Berita Harian

Kilang Smart Paint sedia 200 peluang pekerjaan

Kemudahan baharu galak aktiviti nilai tambah sumber mineral di Perak

- Oleh Nur Amira Mohd Hedzer bhbiz@nstp.com.my

baharu Smart Paint Manufactur­ing Sdn Bhd milik Smart Asia Chemical Bhd di Batu Gajah, Perak berjaya mewujudkan 200 peluang pekerjaan yang memberikan manfaat kepada penduduk sekitar Batu Gajah dan Seri Iskandar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pembinaan kilang di kawasan perindustr­ian Bemban, Batu Gajah ini berupaya menggalakk­an lagi aktiviti nilai tambah kepada penggunaan sumber mineral sedia ada yang banyak terdapat di Perak khususnya batu kapur atau kalsium karbonat.

“Sebelum ini, kilang Smart Paints membuka operasi di Johor tetapi mereka menggunaka­n sumber mineral dari Perak bagi penghasila­n produk keluaran termasuk mengeluark­an pelbagai jenis cat hiasan berasaskan air dan

salutan pelindung untuk kegunaan di rumah dan juga industri.

“Susulan itu, sayap pelaburan negeri Perak iaitu Perak Investment Management Centre (Investpera­k) mengambil langkah proaktif bagi meyakinkan pihak syarikat supaya melabur di Perak memandangk­an sumber mineral yang mereka gunakan dalam pembuatan produk yang dihasilkan di kilang mereka di Johor datangnya dari negeri ini,” katanya pada Majlis Pelancaran kilang Smart Paint di Batu Gajah, semalam.

Saarani berkata, persefaham­an yang dimeterai antara Smart Paint dan Investpera­k akan

memberikan manfaat untuk kedua-dua belah pihak.

Jimat kos operasi

Katanya, Smart Paint dapat menjimatka­n kos operasi sumber bahan mentah dalam industri pembuatan cat, manakala Perak dapat mengukuhka­n lagi sektor mineral yang menjadi nadi pertumbuha­n ekonomi negeri.

“Kedudukan Perak yang terletak di lokasi strategik juga membolehka­n syarikat memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan mereka di negeri bahagian utara dan juga di bahagian tengah Semenanjun­g.

“Pembanguna­n kilang ini juga akan menggalakk­an pengeluara­n produk berkualiti dan mengelakka­n sumber ini daripada hanya di eksport keluar negara tanpa sebarang proses dan aktiviti hiliran.

“Usaha ini adalah seiring dengan agenda pelan pembanguna­n negeri iaitu Pelan Pembanguna­n Perak Sejahtera 2030 dan juga Pelan Perindustr­ian Perak (P3) yang diterajui oleh Investpera­k. P3 akan melonjakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi dan prestasi sektor perindustr­ian negeri bagi 10 tahun bermula 2021 sehingga 2030,” katanya.

 ?? (Foto Nur Amira Mohd Hedzer/bh) ?? Saarani (tiga dari kanan) merasmikan kilang Smart Paint di Batu Gajah, semalam.
(Foto Nur Amira Mohd Hedzer/bh) Saarani (tiga dari kanan) merasmikan kilang Smart Paint di Batu Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia