Berita Harian

Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS

-

Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincang­an bagi memuktamad­kan perolehan kapal misi pesisir (LMS), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ditemui pemberita selepas melancarka­n hab operasi Turkish Aerospace Malaysia (TUSAS Malaysia Sdn Bhd) di sini hari ini, beliau berkata, LMS penting kerana ia merupakan satu daripada kapal digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Insya-allah kita sedang mengkaji perolehan LMS, adalah penting bagi negara untuk memilikiny­a (LMS). Kita sedang bincang dengan Turkiye,” katanya.

Semalam, BERNAMA melaporkan syarikat pembinaan kapal Turkiye, Turkiye Savunma Teknolojie­ri Muhendiski­l (STM), optimis untuk memeterai perjanjian membekalka­n LMS kelompok kedua jenis korvet Kelas Ada kepada TLDM.

Pengurus Besar STM, Ozgur Guleryuz, berkata perbincang­an dengan TLDM dan Kementeria­n Pertahanan mengenai perkara itu selama hampir dua tahun berjalan lancar setakat ini.

Ditanya jemputan Turkiye untuk Malaysia menjadi rakan kongsi dalam projek pembanguna­n pesawat pejuang generasi kelimanya iaitu KAAN, Mohamed Khaled berkata beliau percaya kedua-dua negara boleh meneroka kerjasama bukan sahaja dalam bentuk pesawat tetapi komponenny­a.

“Kita beruntung apabila Malaysia mempunyai TUSAS Malaysia Sdn Bhd sebagai rakan dan TUSAS yang kita tahu, dia ada macam-macam, dia hasilkan helikopter, jet pejuang, jet tempur, satelit dan ada macammacam lagi.

“Kita percaya mampu untuk meneroka pelbagai bidang kerjasama,” katanya.

Mengenai pembukaan Turkish Aerospace Malaysia, beliau berkata, pembukaan hab berkenaan akan meningkatk­an kemampuan dan keupayaan negara dalam bidang pembuatan serta teknologi aeroangkas­a, dan hab berkenaan telah membuka peluang pekerjaan kepada 120 jurutera tempatan.

Mohamed Khaled turut memuji kesudian Turkiye untuk berkongsi teknologi dengan Malaysia dalam bidang pertahanan dan aeroangkas­a, sekali gus mencermink­an hubungan istimewa antara kedua-dua negara.

“Kesediaan Turkiye memindahka­n teknolgi kepada jurutera muda dengan beri peluang bekerja untuk tingkat kemahiran dalam bidang aeroangkas­a. Kita harap usaha ini akan terus berkembang,” katanya.

Turkish Aerospace adalah antara pemain industri yang dapat menyumbang untuk merealisas­ikan sasaran Pelan Tindakan Dasar Pertahanan Negara dan Pelan Rancangan Pembanguna­n Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55 (Capability Developmen­t 55).

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia