Berita Harian

Keluarga mangsa akur laporan awal, sedia tunggu keputusan akhir

-

Saya dan adikberadi­k lain sudah terima adik bongsu kami sudah tiada, kami boleh terima kenyataan. Arwah ada kubur, pagi semalam selepas berniaga nasi lemak saya sempat ziarah kuburnya

Keluarga kepada mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak bulan lalu, akur dengan laporan awal siasatan yang dikeluarka­n lembaga siasatan semalam.

Noryani Tamadun, 50, berkata keluargany­a menerima baik laporan berkenaan dan akan bersabar menunggu laporan akhir yang dijangka siap pada 28 Mei ini.

Katanya, sebagai kakak sulung kepada Allahyarha­m Pegawai Waran II Muhammad Faisol, 36, dia sentiasa mendoakan proses siasatan punca nahas berjalan dengan lancar dan dipermudah­kan.

“Saya dan adik-beradik lain sudah terima adik bongsu kami sudah tiada, kami boleh terima kenyataan. Arwah ada kubur, pagi semalam selepas berniaga nasi lemak saya sempat ziarah kuburnya.

“Tanah di kubur arwah adik juga sudah mendap, insya-allah mengikut perancanga­n keluarga esok kami akan pasang batu nisannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Allahyarha­m Muhammad Faisol adalah anak bongsu daripada empat beradik berasal dari Kampung Tanah Hitam, Sik, meninggalk­an seorang isteri dan dua anak perempuan.

Dalam tragedi pada jam 9.32 pagi 23 April lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki bergesel dan terhempas ketika menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Terdahulu, Lembaga Siasatan dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut mendedahka­n lima fakta dalam laporan awal yang dikeluarka­n berhubung tragedi itu.

Laporan awal TLDM itu, antaranya menyatakan semua kru yang terbabit dalam insiden itu berada tahap kesihatan yang baik untuk mengendali­kan pesawat (fit to fly) dan tahap kelayakan penerbanga­n kru udara yang terbabit juga masih sah dan tidak tamat tempoh.

Selain itu, dua helikopter itu disahkan berada dalam keadaan ‘airworthy’ (selamat untuk terbang) pada hari kejadian serta pesawat HOM AW139 mempunyai kotak hitam, manakala pesawat Fennec yang dikeluarka­n pada 2003 (21 tahun) tidak dilengkapi dengan peralatan berkenaan.

Anak bongsu rindu bapa

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaan isteri dan anak Allahyarha­m, Noryani berkata balunya dalam keadaan baik, namun anak bongsu adiknya itu kerap demam kerana terlalu merindui bapanya.

“Mereka masih berada di Sungai Petani berada di rumah keluarga (isteri mangsa) dan dijangka pulang ke Lumut Sabtu ini, anak sulung arwah berusia 10 tahun dapat terima papanya sudah tiada, cuma yang bongsu berusia enam tahun dia demam sekarang.

“Dia selalu panggil papa, ulang

kata nak papa, nak papa, dia mungkin terlalu rindukan papa dia sebab sebelum ini arwah akan pulang berjumpa mereka lama-lama sekali,” katanya.

 ?? ?? Noryani Tamadun, Kakak Allahyarha­m Muhammad Faisol
Noryani Tamadun, Kakak Allahyarha­m Muhammad Faisol

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia