Berita Harian

Astrazenec­a mengaku vaksin COVID-19 ada kesan sampingan

Gergasi farmaseuti­kal hadapi saman dakwaan sebabkan kematian

- AGENSI

London: Firma Farmaseuti­kal Astrazenec­a (AZ) buat kali pertama mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 mereka boleh menyebabka­n kesan sampingan yang jarang berlaku.

Pengakuan itu secara langsung boleh membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound dengan 51 kes dikemukaka­n di Mahkamah Tinggi setakat ini, menuntut ganti rugi dianggarka­n bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

The Telegraph melaporkan, Gergasi farmaseuti­kal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunka­n mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabka­n kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

Peguam berhujah bahawa vaksin itu menghasilk­an kesan sampingan yang memberi kesan buruk kepada sebilangan kecil individu.

Kes pertama tahun lalu difailkan oleh Jamie Scott, bapa kepada dua anak yang mengalami kecederaan otak kekal selepas dirinya mengalami pembekuan darah dan pendarahan di otak yang menghalang­nya daripada bekerja, selepas disuntik vaksin itu pada April 2021.

Tahapnya amat kritikan sehingga pihak hospital menghubung­i isterinya tiga kali secara berasingan untuk memberitah­u lelaki itu akan meninggal dunia.

Kemuka dokumen di mahkamah

AZ membantah tuntutan itu, tetapi dalam dokumen undang-undang yang dikemukaka­n kepada Mahkamah Tinggi pada Februari lalu, ia membuat beberapa pengakuan.

Antaranya, ia menyatakan vaksin COVID-19 buatannya ‘boleh dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabka­n TTS atau ‘Thrombosis with Thrombocyt­openia Syndrome’ iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.

Pengakuan AZ itu - dibuat dalam pembelaan undang-undang terhadap tuntutan Mahkamah Tinggi oleh Scott - selepas perbalahan undang-undang yang sengit.

Ia boleh menyebabka­n pemberian pampasan jika firma terbabit mengakui vaksin itu menyebabka­n penyakit serius dan kematian dalam kes tertentu, malah kerajaan juga berjanji untuk membiayai kos tindakan perundanga­n terhadap AZ.

Dalam surat jawapan yang dihantar pada Mei 2023, AZ memberitah­u peguam Scott: “Kami tidak menerima bahawa TTS disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik”.

Namun, dalam dokumen undang-undang yang dikemukaka­n kepada Mahkamah Tinggi pada

Februari lalu, AZ berkata: “Memang diakui bahawa vaksin AZ boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabka­n TTS. Mekanisme penyebab tidak diketahui.

“TTS juga boleh berlaku jika tiada vaksin AZ (atau mana-mana vaksin). Penyebab dalam manamana kes individu hanya boleh ditentukan melalui pembuktian pakar,” katanya.

Saintis mula mengaitkan antara vaksin dan penyakit baru dikenali sebagai immune thrombocyt­openia and thrombosis (VITT) berpunca daripada pengambila­n vaksin seawal Mac 2021, sejurus selepas vaksin COVID-19 mula diedarkan.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia