Berita Harian

Terengganu kaji hukuman sebat pesalah syariah di tempat awam

Kerajaan negeri teliti prosedur tertentu sebelum pelaksanaa­n

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@bh.com.my

Kerajaan negeri sedia pertimbang­kan cadangan pelaksanaa­n hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.

Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaa­n Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata terdapat beberapa prosedur tertentu perlu diteliti sebelum pelaksanaa­nnya.

Katanya, ketika ini ia tertakluk kepada enakmen sedia ada dan sebarang penambahba­ikan akan dibuat dari semasa ke semasa dalam usaha memperkasa­kan pelaksanaa­n undang-undang syariah Islam di Terengganu.

“Ia dalam proses dan kita akan tengok dari semasa ke semasa. Pada masa sekarang, ia akan dilaksanak­an di tempat tertutup, dalam penjara.

“Sebenarnya kalau kita tengok daripada dasar hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah syariah Islam ini, ia mesti dilaksanak­an di khalayak ramai, cuma di khalayak ramai itu adalah subjektif.

“Adakah khalayak ramai itu di tengah kawasan umum macam pasar, masjid atau apa-apa sahaja. Kalau dilaksanak­an dalam penjara pun sebenarnya disaksikan khalayak tertentu juga.

“Jadi, di atas dasar itu kita laksanakan dahulu apa yang tersedia ada. Untuk penambahba­ikan, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” katanya selepas Majlis Penyampaia­n Bantuan Pendahulua­n Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) Siri 1 Tahun 2024 di JKST di sini, semalam.

Pada majlis itu, 16 orang menerima bantuan pendahulua­n nafkah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu berjumlah RM27,000.

Sebat dalam penjara

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata peruntukan sedia ada memberi kuasa kepada hakim untuk menentukan tempat pelaksanaa­n hukuman sebat.

Katanya, berdasarka­n enakmen sedia ada, hukuman akan dilaksanak­an pihak penjara.

“Pada masa ini, apabila hakim tidak menyebut di mana pesalah itu disebat, secara automatik pesalah disebat dalam penjara sehingga diperintah sebaliknya (dibuat) oleh hakim,” katanya.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Muhammad Khalil (dua dari kanan) bersama Wan Mohd Zakri (kanan) pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Pendahulua­n Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga di Kuala Terengganu, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Muhammad Khalil (dua dari kanan) bersama Wan Mohd Zakri (kanan) pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Pendahulua­n Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia