Berita Harian

Ahli Parlimen jumpa wakil PPD, JPN peroleh maklumat lanjut

-

Sungai Petani: Rundingan lanjut berkaitan bantahan rancangan menukar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari menjadi Kolej Tingkatan Enam akan dilakukan segera.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Muhammed Taufiq Johari, berkata pihaknya akan berjumpa Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi mendapatka­n maklumat lanjut berhubung isu terbabit.

Beliau difahamkan, keputusan menukarkan sekolah harian terbabit menjadi Kolej Tingkatan Enam dibuat pada 2021 selepas perbincang­an antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), PPD dan JPN dilakukan.

“Sebelum ini saya ada berjumpa dengan pengetua sekolah berkenaan. Ketika itu saya difahamkan tiada bantahan, keputusan itu dicapai secara bersama.

“Jadi selepas ini kita kena rujuk PPD dan JPN untuk bincang hal ini secara lebih lanjut,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Sungai Petani di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PKR negeri berkata, pihaknya terbuka untuk menerima pandangan termasuk petisyen daripada pihak yang yang tidak bersetuju.

Sebelum ini, alumni sekolah berkenaan membuat petisyen secara dalam talian bagi membantah langkah menjadikan sekolah itu kepada Kolej Tingkatan Enam.

Antara alasan dikemukaka­n adalah SMK Khir Johari yang ditubuhkan sejak 1912 adalah lambang perjuangan penduduk tempatan menubuhkan sekolah Melayu yang setanding sekolah aliran Inggeris sebelum kemerdekaa­n negara.

Selain itu, penutupan aliran perdana di sekolah yang mampu menempatka­n sehingga 1,500 pelajar akan menyebabka­n kesesakan di sekolah menengah berhampira­n kerana perlu menampung tambahan pelajar baharu.

 ?? (Foto Adie Zulkifli/bh) ?? Muhammed Taufiq (kanan) melayan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Sungai Petani, kelmarin.
(Foto Adie Zulkifli/bh) Muhammed Taufiq (kanan) melayan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Sungai Petani, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia