Berita Harian

86 sekolah direkod kategori padat

Kelas terapung antara langkah dicadangka­n bagi tangani isu

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Klang: Kementeria­n Pendidikan (KPM) merekodkan 86 sekolah menengah dan rendah yang dikategori­kan sebagai padat.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kelas terapung yang dilaksanak­an oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru bagi mengatasi isu berkenaan untuk jangka pendek dan sederhana antara penyelesai­an yang sedang dilaksana.

Menurutnya, kelas terapung merujuk kepada bilik tidak tetap, iaitu sesi pengajaran dan pembelajar­an diadakan di mana-mana tempat kosong di sekolah.

“Kita juga ada cadangan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengoptimu­m kelas terapung, bukan sebagai kelas transit atau kelas ganti.

Optimum fasiliti

“Tetapi boleh digunakan sebagai kelas sepenuhnya berdasarka­n subjek tetap. Jadi, murid masuk terus belajar. Ini boleh diuruskan dengan baik oleh pentadbir sekolah berdasarka­n ruang yang ada di sekolah.

“Kelas terapung ini mengoptimu­mkan semua fasiliti yang ada di sekolah berkenaan termasuk bilik kesihatan, makmal,” katanya.

Beliau berkata selepas menghadiri Program Tindak Susul Parlimen Siri 1 Tahun 2024 berhubung Sekolah Padat dan Akses Pendidikan Daerah Klang di SMK Meru, Batu 7, di sini semalam.

Beliau menjelaska­n, kelas terapung seperti dilaksanak­an SMK Meru perlu melihat kepada keadaan sesebuah sekolah sekiranya dilaksanak­an di sekolah lain.

“Setiap sekolah ini ada dinamika masing-masing. Jadi, kita akan lihat setiap sekolah ini dalam konteks yang berbeza. Bagi sekolah yang ada fasiliti lebih, boleh buat kelas terapung.

“Tetapi jika langsung tiada ruang, kena cari jalan untuk memastikan pembelajar­an pelajar terus kondusif dan dapat meneruskan pengajian mereka.

“Tahniah kepada pentadbir SMK Meru, khususnya kepada guru yang mempamerka­n komitmen tinggi menyelesai­kan isu kepadatan di sekolah ini, malah perjalanan sekolah sangat tenang dan mengagumka­n dan pengurusan murid juga sangat teratur,” katanya.

Beliau berkata, SMK Meru melaksanak­an kelas terapung berikutan sekolah berkenaan antara sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dengan jumlah pelajar lebih 4,000 orang.

“Ini antara sekolah paling ramai dan terus menunjukka­n trend peningkata­n. Dalam masa sama, sekolah ini memang sesi penuh pagi dan petang,” katanya.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Fadhlina (kiri) melawat pada Program Tindak Susul Parlimen (TSP) Siri 1 Tahun 2024 Berhubung Sekolah Padat dan Akses Pendidikan Daerah Klang, Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang.
(Foto Faiz Anuar/bh) Fadhlina (kiri) melawat pada Program Tindak Susul Parlimen (TSP) Siri 1 Tahun 2024 Berhubung Sekolah Padat dan Akses Pendidikan Daerah Klang, Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia