Berita Harian

Kanak-kanak terus dilindungi hadapi cabaran AI

-

Kuala Lumpur: Kerajaan sedang membuat kajian bagi meminda Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) tahun depan, dengan mengambil kira cabaran yang muncul dalam teknologi hari ini, termasuk aspek berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ketika ini ada pihak mengguna teknologi AI bagi tujuan jenayah, contohnya pengantuna­n kanak-kanak yang mewujudkan cabaran kepada undang-undang sedia ada.

“Saya tidak nafikan bahawa apa yang kita lakukan pada 2017 lepas mungkin tidak mengambil kira cabaran berkaitan penggunaan AI

“Sekarang ini jika saya bercakap dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) atau MCMC (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia), salah satu cabaran besar apabila ada pihak yang menjual visual kanak-kanak di dark web dan sekarang tidak perlu lagi, mereka boleh terus ke laman web biasa, terus ke dalam talian.

“Apabila bercakap mengenai antun (grooming) membabitka­n AI, satu lagi cabaran adalah mengenai bayaran, mereka bayar

menggunaka­n bitcoin dan mata wang kripto, kita tidak boleh kesan siapa yang buat pembayaran untuk kegiatan ini.

“Jadi kita perlu faham segalanya mengenai perkembang­an teknologi ini dan tampil undangunda­ng yang boleh meliputi cabaran yang muncul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Internatio­nal Symposium on Empowermen­t of Children’s Commission: Strengthen­ing Rights and Safeguardi­ng Future di Pusat Timbang Tara Antarabang­sa Asia

(AIAC) di sini, semalam.

Azalina berkata, simposium semalam bertujuan membuat perbanding­an dan belajar dari negara lain mengenai peranan yang dimainkan Pejabat Pesuruhjay­a Kanak-kanak (OCC) di negara masing-masing.

“Saya tekankan OCC tak akan bersifat konfrontas­i, kita lebih kepada menilai isu undang-undang dalam negara kita dan peranan yang kita nak belajar dari negara lain.

“Simposium ini adalah langkah pertama untuk kita dengar dan lihat cara mereka (negara

lain) dan belajar cara mereka, kelebihan dan kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Azalina berkata, kerajaan juga mengkaji keperluan untuk mewujudkan OCC peringkat negeri bagi memastikan pemantauan yang lebih menyeluruh.

“Sebab isu kanak-kanak ini tak boleh di Pusat sahaja, pemantauan juga perlu di peringkat negeri.

“Bagaimanap­un, kita nak gerak tidak secara agresif, tetapi secara perlahan,” katanya.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Azalina merasmikan program Internatio­nal Symposium on Empowermen­t of Children’s Commission­e di Pusat Timbang Tara Antarabang­sa Asia, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Azalina merasmikan program Internatio­nal Symposium on Empowermen­t of Children’s Commission­e di Pusat Timbang Tara Antarabang­sa Asia, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia