Berita Harian

UNSC tamatkan misi keselamata­n di Sudan

-

Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), hari ini mengakhiri misi keselamata­n di Sudan atas permintaan pihak berkuasa negara yang sedang bergolak tujuh bulan itu, angkara dua jeneral yang bertelagah.

Susulan surat daripada Khartoum menuntut Misi Bantuan Peralihan Bersepadu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Sudan (UNITAMS) dihentikan serta-merta, UNSC menerima resolusi untuk menamatkan mandat itu hari ini.

Bermula Isnin, tempoh peralihan selama tiga bulan akan bermula untuk membolehka­n kakitangan UNITAMS meninggalk­an negara itu dan memindahka­n tugasnya kepada agensi PBB lain ‘jika sesuai dan setakat yang dibolehkan’.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, bulan lalu berkata, misi PBB di Sudan menggaji seramai 245 orang, termasuk 88 individu di Pelabuhan Sudan, bakinya di Nairobi dan Addis Ababa.

Sejumlah 14 daripada 15 ahli UNSC menerima pakai resolusi itu, manakala Russia berkecuali.

“Biar saya jelaskan, United Kingdom (UK) tidak akan memilih untuk menutup UNITAMS pada masa ini,” kata Timbalan Utusan PBB Britain, James Kariuki, yang mana negaranya merangka teks berkenaan.

Utusan Amerika Syarikat (AS), Robert Wood, pula menzahirka­n kebimbanga­n mengenai peningkata­n kekejaman dengan akibat buruk bagi orang awam sekiranya kehadiran pihak antarabang­sa berkuranga­n di Sudan.

UNSC, dalam teks kenyataann­ya, menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap keganasan, krisis kemanusiaa­n dan pencabulan yang berterusan, khususnya pelanggara­n undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa dan hak asasi manusia yang serius di Sudan.

Pengarah Pemerhati Hak Kemanusian PBB, Louis Charbonnea­u, dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu ‘adalah kemuncak kepada penyingkir­an tanggungja­wab yang dahsyat terhadap orang awam Sudan, terutama ketika risiko kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia berskala besar dan lebih besar berbanding sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia