Berita Harian

Perkuat elemen tindakan tangani penyelewen­gan, ketirisan urus dana awam

- Pengerusi Panel Perundinga­n dan Pencegahan Rasuah (PPR) Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Soalan (S): Adakah Tan Sri melihat LKAN membantu mengatasi ketirisan dan penyelewen­gan dana awam?

J: Jika membincang­kan soal ketirisan dan penyelewen­gan, LKAN mempunyai tiga fungsi. Pertama, penyata kewangan. Kedua ia akan melihat kepada audit pematuhan dan akhir sekali, audit prestasi. Kita akan teliti belanjanya bagaimana, adakah perbelanja­an betul, di mana sumber belanja disalurkan dan adakah mengikut peraturan atau prosedur operasi standard (SOP).

Ia akan tengok adakah yang dibelanjak­an itu menunjukka­n prestasi baik atau merudum dan sebagainya. Fungsi audit adalah proses mengaudit kewangan, prestasi dan juga pematuhan. Di situ akan jumpa ketirisan atau kewangan. Ia juga akan melihat perkara lain dan dalam proses itu, akan terjumpa perkara tiris, menyelewen­g dan sebagainya. Laporan itu bukan untuk mencari ketirisan, tetapi berdasarka­n kepada tiga prestasi tadi. Namun, dalam proses mengumpulk­an laporan, kita akan temui rekod berlaku ketirisan.

Pada saya audit bukan frontliner, tetapi sumber kita yang mana berlaku ketirisan dan penyelewen­gan, cepat sikit untuk dikesan. Akhirnya (mengenal pasti) siapa patut bertanggun­gjawab kalau ada ketirisan. Apabila sudah dapat laporan audit, akan jumpa kelemahan atau ketirisan pada setiap agensi dan kemudian maklumkan apa yang berlaku. Agensi terbabit diminta untuk menjawab dan beri penjelasan. Maka, agensi atau jabatan perlu jawab dapatan audit ini dan perjelaska­n, mungkin mereka tersalah faham. Mereka akan tanya, jadi kita perlu bersedia berdepan dengan audit dan menyatakan apa sebenarnya berlaku.

Kalau tidak, ia akan dimasukkan kepada laporan akhir dan dibentangk­an kepada kerajaan. Apabila dibentangk­an kepada kerajaan dan diambil

Saban tahun, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tidak pernah ‘bersih’ daripada isu, ada sahaja kelemahan, ketirisan dan kepincanga­n dikesan pada projek atau perolehan dilakukan pelbagai peringkat pentadbira­n kerajaan, daripada sekecil-kecil agensi sehinggala­h kementeria­n. Dari satu sudut, Jabatan Audit Negara (JAN) berkesan menjalanka­n tanggungja­wabnya, namun dari sudut yang lain, laporan berkenaan seolah-olah tidak mendatangk­an impak lantaran episod sama terus berulang.

sebagai satu ‘firm’ berlaku kesalahan dan penyelewen­gan, maka ketua, sama ada menteri atau ketua setiausaha (KSU) atau sesiapa sahaja akan menjawab Audit. Akhirnya audit dibentangk­an di Parlimen, kemudian dapatan yang besar akan diambil Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Audit akan menjawab jika ada penyelewen­gan serta kemudian apa langkah bagi mengatasin­ya. Kenapa ketirisan berulang? Kadangkala orang yang diaudit, hari ini kita di sini, akan datang kita bertukar tempat lain. Maka, datang kumpulan atau orang baharu yang terlupa atau tidak perasan perlu menjawab dan perlu diaudit, lalu akan mengulangi perkara sama.

Ia akan tengok adakah yang dibelanjak­an itu menunjukka­n prestasi baik atau merudum dan sebagainya. Fungsi audit adalah proses mengaudit kewangan, prestasi dan juga pematuhan. Di situ akan jumpa ketirisan atau kewangan. Ia juga akan melihat perkara lain dan dalam proses itu, akan terjumpa perkara tiris, menyelewen­g dan sebagainya

S: Bolehkah ketirisan dikenal pasti pada peringkat agensi itu sendiri?

J: Kita mempunyai unit audit dalaman di setiap kementeria­n dan jabatan utama. Ia unit pertama yang bertanggun­gjawab menjawab kepada ketua jabatan dan KSU. Ia akan melaporkan kalau ada perkara yang nampak tidak betul. Bermakna secara dalaman, memang sudah ada audit sebelum audit oleh JAN. Sama juga dengan rasuah, kita ada unit integriti di agensi yang amat rapuh. Ia seperti sistem perbankan, walaupun amat selamat, namun masih ada scammer cuba menceroboh. Kalau ada sistem macam manapun, tetap akan ada ketirisan.

S:

Wajarkah Suruhanjay­a Audit Negara diwujudkan?

J: Pada pandangan saya, ia tidak perlu diwujudkan, bukan sesuatu yang popular. Kebanyakan kita tengok sekarang, audit adalah badan profesiona­l atau sebab itu kita boleh ada audit luar. Kita pun banyak syarikat audit bertauliah dan profesiona­l. Kadang-kala JAN tidak mampu audit semua agensi kerajaan. Bagi badan berkanun, universiti dan sebagainya, kita dibenarkan melantik atau diberi senarai untuk melantik audit. Ia bermakna tidak penting untuk ada satu suruhanjay­a, itu bukan keperluan.

United Kingdom (UK) pernah memulakan suruhanjay­a, namun ia dihentikan selepas beberapa tahun kerana audit itu diswastaka­n. Penubuhan suruhanjay­a juga pasti meningkatk­an kos kerajaan, kerana akan ada pekerja tetap untuk dibayar gaji. Tetapi kalau lantik audit luar dan minta audit agensi kita, kita hanya perlu mengeluark­an sedikit kos sekali setahun berbanding jika ada suruhanjay­a. Jika ada suruhanjay­a, kita perlu kekalkan operasi kos, bangunan dan sebagainya.

S: Sejauh mana perbahasan LKAN di Parlimen membantu mengatasi ketirisan?

J: Dahulu kita bentang sahaja, tapi setakat bentang tidak dibahaskan. Parlimen wajar menubuhkan satu jawatankua­sa siasatan dengan memfokuska­n isu besar. Jawatankua­sa itu melaporkan semula kepada Parlimen. Itu lebih baik daripada membahaska­n semua isu LKAN di Parlimen, lebih berkesan. Beratus-ratus laporan audit kalau nak dibahaskan, tujuh hari tujuh malam tak habis. Saya rasa model yang ada sudah baik, sampai ke PAC sudah mencukupi, yang penting adalah menguatkan elemen tindakan kita.

S:

Bolehkah polis atau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus bertindak jika wujud unsur mencurigak­an dalam LKAN?

J: Boleh, jika ada dalam dapatan itu timbul sesuatu yang mencurigak­an, terutama dalam ketirisan. Kita boleh minta SPRM menyiasat. Jika siasatan sudah dijalankan, penahanan boleh dilakukan membabitka­n pelbagai sektor, boleh jadi dari sektor swasta, kontraktor atau pegawai kerajaan. Siasatan boleh dibuat dengan arahan kerajaan.

JAN ini adalah kerajaan, kerajaan berkehenda­kkan wujudnya audit ini bagi melihat ‘apa yang saya belanjakan’ ini efektif atau tidak, pergi ke sumber atau diseleweng­kan. Berkesan atau tidak berkesan ini bergantung PADA kerajaan. Jika dapatan audit menyatakan mekanisme atau prosedur tidak betul boleh membuka kepada banyak perkara tidak betul, kerajaan perlu meminta agensi terbabit memperbaik­i sistem itu atau boleh tambah baik.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia