Berita Harian

‘Dana untuk YB pembangkan­g disediakan’

-

Kuala Lumpur: Peruntukan kepada wakil rakyat atau ahli Parlimen pembangkan­g memang disediakan kerajaan sejak dulu dan disalur melalui Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n.

Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata ia berbeza dengan pengurusan peruntukan sekarang apabila jumlah peruntukan dan agihan ditentukan oleh pegawai kerajaan.

Sebagai contoh, beliau berkata, ketika PAS memerintah di Kelantan, Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n menyalurka­n peruntukan itu kepada negeri yang kemudian diagihkan kepada semua kawasan di negeri pembangkan­g itu.

“Bagaimanap­un, saluran rasmi itu tidak seperti sekarang, peruntukan yang ada hanya diberi kepada wakil rakyat yang menyokong Kerajaan MADANI saja, berbanding dulu apabila duit disalurkan kepada pejabat pembanguna­n negeri terus kepada pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen,” katanya kepada BH, semalam.

Rais yang pernah memegang jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri di beberapa kementeria­n sejak 1976, berkata penyaluran peruntukan itu kini tidak diketahui ke mana dan bagaimana ia dibelanjak­an serta siapa mentadbir dan jumlah diperuntuk­kan.

“Bukan bermakna kerajaan dulu betul, ada silapnya juga iaitu penentuan jumlah dan agihan tidak ditentukan ahli Parlimen, tetapi sekarang langsung tidak ada (peruntukan), malah tidak ada laporan diaudit di bawah kewangan yang disatukan.

“Sebenarnya rakyat berhak tahu perincian perbelanja­an bagi kawasan ditadbir pembangkan­g dan peruntukan itu dijamin Perkara 8 dalam Perlembaga­an Malaysia,” katanya.

Rais yang juga seorang peguam berkata, Perkara 8 Perlembaga­an Malaysia penting dan perlu digunakan kali pertama dalam situasi semasa dan menjadi rujukan untuk selamanya.

“Yang terbaik ialah Perkara 8 itu dipatuhi kerana rakyat memilih wakil rakyat mengikut Perlembaga­an, tetapi kini hanya wakil rakyat menyokong kerajaan diberi peruntukan sedangkan hak itu saksama di sisi undang-undang kerana duit itu datangnya daripada punca sama iaitu wang yang disatukan.

Sementara itu, penetapan syarat tertentu masih perlu dibuat dalam mengagihka­n peruntukan kepada wakil rakyat pembangkan­g, khususnya bagi memastikan ia benar-benar dimanfaat rakyat, tidak diseleweng dan tidak diguna pakai bagi tujuan dan kepentinga­n parti politik tertentu.

Penganalis­is politik berpendapa­t, wakil rakyat pembangkan­g perlu segera mengadakan perbincang­an dengan kerajaan bagi memuktamad­kan polemik berkenaan isu agihan peruntukan ini, sekali gus menghentik­an spekulasi dan stigma kononnya kerajaan menekan pembangkan­g.

Ahli Majlis Perpaduan Negara yang juga pensyarah politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Sivamuruga­n Pandian

berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai prerogatif memutuskan agihannya, amalan sama dilakukan Perdana Menteri terdahulu.

“Lazimnya, peruntukan ini di bawah prerogatif Perdana Menteri dan kerajaan memerintah. Demi kelangsung­an perkhidmat­an dan kemudahan di setiap kawasan, agihan untuk memastikan kesejahter­aan dan keselesaan rakyat setempat itu tidak dikompromi, jadi syarat ini tidak menjadi masalah.

“Yang perlu dipastikan, sistem penyampaia­n yang baik demi kebahagiaa­n pengundi di setiap kawasan,” katanya.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata, isu agihan peruntukan tidak menjejaska­n kedudukan Anwar atau kerajaanny­a.

“Perdana Menteri dan kerajaan sudah bagi jaminan untuk beri peruntukan dengan syarat perlu ada perbincang­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia