Berita Harian

‘Tiada platform media sosial akan ditutup’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial termasuk Tiktok, keputusan yang dibuat atas dasar prinsip kebebasan bersuara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata semua platform itu akan diminta berdaftar dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memudahkan proses kawal selia.

Bagi membolehka­n platform media sosial berbuat demikian, beliau memaklumka­n, MCMC sedang menyediaka­n kerangka dan proses pendaftara­n dalam masa sebulan ini.

“Kita tidak berhasrat untuk menutup platform seperti Tiktok dan yang lain sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara.

“Masa yang sama dengan adanya kebebasan itu, mesti ada tanggungja­wab. Jadi, sekiranya mana-mana pihak, termasuk platform yang mungkin tersalah langkah atau membuat kenyataan

yang ekstremis disebar luas, maka boleh diambil tindakan.

“Jadi antara perkara yang kita akan lakukan dalam masa yang terdekat ini adalah memastikan semua platform media sosial mendaftar dengan MCMC. Itu salah salah satu perkara yang saya sebut sebelum ini dan sekarang makin jelas,” katanya selepas rakaman program Suara Anak MADANI, di sini kelmarin.

Program itu dihoskan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dengan Fahmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai panel jemputan bagi episod pertama.

Sebelum ini, Indonesia mengharamk­an transaksi e-dagang dalam platform Tiktok Shop.

Kumpul lebih maklumat

Pada masa sama, Fahmi berkata, sehingga kini, MCMC masih mengumpul maklumat, antaranya pengalaman luar dan perbincang­an dengan penyedia platform media sosial di Malaysia bagi tujuan pendaftara­n itu.

Beliau melihat proses kawal selia perlu dilaksanak­an, namun dari aspek sebaran palsu dan bahan fitnah, tindakanny­a diambil oleh pihak berkuasa.

“Apabila kita melihat keadaan di Indonesia, mereka juga tidak berharap untuk mengharamk­an atau menutup Tiktok, tapi kawal selia. Bagi Tiktok Shop, mereka melihat antara lain, tidak mahu produk luar negara dilambakka­n ke Indonesia.

“Di Malaysia, kita lebih kepada bidang kementeria­n lain, tapi kita lihat nanti, akan panggil beberapa kementeria­n lain untuk kita selaraskan beberapa tindakan,” katanya menegaskan kenyataan bersifat ekstremis di media sosial perlu diatasi yang mana bajanya dilihat disemarakk­an oleh beberapa pemimpin atau tokoh.

“Penting kita lihat apakah suasana yang membolehka­n mereka tidak berfikir panjang dan mahu keluarkan kenyataan seperti ini dalam media sosial. Kita lihat bagaimana seorang ustaz yang kata macam-macam terhadap Perdana Menteri, ditahan reman. Ada juga orang kata nak tembak Perdana Menteri, bayar RM5 juta pun ditahan,” katanya.

 ?? (Foto Asyraf hamzah/bh) ?? Fahmi (kiri) bersama Azalina dan Shamsul Iskandar pada wawancara Suara Anak MADANI di Pusat Penyiaran ASWARA, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Asyraf hamzah/bh) Fahmi (kiri) bersama Azalina dan Shamsul Iskandar pada wawancara Suara Anak MADANI di Pusat Penyiaran ASWARA, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia