Berita Harian

PBB minta bukti tuduhan keganasan seksual oleh Hamas

-

Geneva: Suruhanjay­a siasatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat jenayah perang dalam konflik Israelhama­s pihak akan menumpukan kepada dakwaan keganasan seksual oleh Hamas dalam serangan 7 Oktober lalu ke atas Israel.

Pengerusin­ya, Navi Pillay, pada Rabu, berkata suruhanjay­a itu akan melancarka­n rayuan bagi mendapatka­n bukti dan menyerahka­nnya kepada Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC).

“Saya menggesa ICC untuk mempertimb­ang pendakwaan di tengah-tengah kritikan Israel dan keluarga tebusan Israel bahawa PBB mendiamkan diri.

“Saya kini duduk sebagai pengerusi suruhanjay­a yang mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara ini. Jadi, tidak mungkin kita akan berdiam diri,” katanya.

Pengerusi suruhanjay­a tiga anggota yang menyiasat penderaan dilakukan di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki itu berkata beberapa individu menyatakan hasrat untuk memberikan keterangan dan ia akan diserahkan kepada pendakwa raya.

Bagaimanap­un, cabaran utama bagi Pillay adalah Israel tidak bekerjasam­a dengan suruhanjay­a itu, yang didakwa anti Israel dan berat sebelah.

Suruhanjay­a mungkin sukar untuk mengumpulk­an bukti yang mencukupi bagi menyokong pertuduhan pada masa akan datang jika akses tidak diberikan.

Pihak berkuasa Israel sudah pun membuka penyiasata­n mereka sendiri terhadap keganasan seksual ketika serangan paling berdarah dalam sejarah Israel.

Antara lain, timbul dakwaan rogol, selepas ada bukti menunjukka­n berlaku jenayah seksual, seperti mangsa yang ditemui dibogelkan dan dicacatkan.

Hamas menafikan penderaan itu dan tidak memberikan komen. Jurucakap kerajaan Israel juga tidak memberikan komen.

Bukti mengenai keganasan seksual itu termasuk keterangan yang diberikan kepada REUTERS sejak 7 Oktober oleh responden pertama di lokasi serangan dan anggota simpanan tentera yang merawat mayat dalam proses pengecaman.

REUTERS juga sudah melihat foto yang menyokong beberapa keterangan itu.

Pillay, yang juga bekas ketua hak asasi manusia PBB dan hakim Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICJ), berkata Suruhanjay­a Siasatan PBB akan keluarkan kenyatan umum ‘menggesa penyerahan bukti’ daripada orang awam mengenai dakwaan keganasan seksual Hamas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia