Berita Harian

Kenyataan Rafizi kecohkan dewan

Pembangkan­g bidas isu 4 negeri bergantung dana Pusat laksana projek

- Oleh Rohaniza Idris dan Latifah Arifin bhnews@bh.com.my

Beberapa ahli Parlimen pembangkan­g ‘naik angin’ di Dewan Rakyat semalam, selepas tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, bahawa empat negeri ditadbir pembangkan­g masih bergantung kepada peruntukan kerajaan Persekutua­n untuk melaksanak­an projek.

Kenyataan itu menyebabka­n Dewan kecoh kira-kira 10 minit, selepas beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Pn-arau), Datuk Awang Hashim (Pn-pendang) dan Datuk

Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pn-pasir Puteh) bangkit mempersoal­kan kesahihann­ya.

Terdahulu, Rafizi menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (Pn-bachok) mengenai pendirian kerajaan dalam menggalakk­an kerjasama rentas negeri termasuk dalam kalangan negeri pembangkan­g.

“Kalau saya boleh sebutkan, Bachok (Mohd Syahir) jangan marah. Kalau tengok kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, contohnya Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, mereka masih bergantung kepada peruntukan kerajaan Persekutua­n untuk laksana projek di negeri mereka.

“Saya melihat ia tidak adil kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri lain yang lama tak diberikan peruntukan (oleh kerajaan Persekutua­n),” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Kenyataan tak berasas

Jawapan Rafizi itu dibidas keras oleh Shahidan yang menyifatka­nnya sebagai tidak berasas.

“Nilai tanah di Perlis berlainan dengan Selangor, satu ekar (0.3 hektar) tanah di Perlis harganya RM60,000 (sahaja) Jawapan menteri ini tak berfikiran waras.

“Kerajaan Persekutua­n ini siapa punya? Ia hak bersama,” katanya.

Bangkangan itu disambut Muhammad Zawawi yang bangkit menyuaraka­n sokongan terhadap pandangan Shahidan.

Dewan terus hingar-bingar apabila Datuk Seri Bung Moktar Radin (Bn-kinabatang­an) bangun mempertaha­nkan jawapan Rafizi.

“Itulah faktanya. Terimalah dengan hati terbuka, jangan pula menyanggah. Terimalah hakikat,” katanya.

Kekecohan berlarutan apabila Datuk Awang Hashim (Pn-pendang) bangkit mencelah beberapa kali sehingga Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberi kata dua supaya tidak mengganggu Rafizi menjawab soalan.

“Kalau Pendang bangun sekali lagi, Pendang boleh keluar (dari Dewan),” tegasnya sekali gus memaksa Awang akur sebelum suasana Dewan kembali tenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia