Berita Harian

Liga Saudi bukan kelab ‘pencen’

Pembelian pemain bintang strategi komersial promosi negara melalui sukan

-

kebanyakan pencinta bola sepak, perpindaha­n pemain ke Asia Barat secara besar-besaran hanya dianggap sebagai medan terakhir buat mereka untuk meraih gaji lumayan, terutama bagi pemain yang berada pada penghujung karier.

Dakwaan itu hampir tepat, terutama apabila ia disokong bukti sejarah sejak akhir 1970an, apabila legenda Brazil, Rivelino menyertai kelab gergasi Arab Saudi, Al-hilal.

Lantaran rantau Teluk sentiasa dilihat sebagai ‘syurga’

menguntung­kan dan gelanggang yang menjadi pentas terakhir bintang yang semakin berusia ketika kes Rivelino busatu-satunya kan contoh. Menurut CNBC, pemenang Piala Dunia Brazil 1994, Romario dan Bebeto hadir ke Asia Barat, namun gagal bertahan lama serta tidak berjaya memberikan impak dan pulangan sepatutnya memandangk­an gaji lumayan yang mereka terima pada 1990-an. Denilson, seorang lagi bintang Brazil yang menjadi tajuk utama kerana kemahiran menggelece­k dan juga seorang daripada pemain termahal dalam sukan itu ketika beraksi di Real Betis, bermain dengan Al-nassr hanya dua bulan pada 2007. Tidak hairan berdasarka­n memori pahit itu, peminat pada mulanya agak cuak apabila

pembelian Cristiano Ronaldo diumumkan oleh kelab gergasi Saudi itu pada Januari tahun ini.

Seperti dilaporkan Marca, kontrak dua setengah tahun pemain veteran itu, bernilai hingga 200 juta euro (RM1.02 bilion) setahun termasuk perjanjian komersial, menjadikan bintang berusia 38 tahun itu pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi dalam sejarah dan atlet penerima gaji paling mahal di dunia.

Sebagai perbanding­an, pendapatan tahunan Ronaldo melebihi jumlah bil gaji kakitangan kira-kira separuh daripada kelab dalam Liga Perdana Inggeris.

Kelab Liga Pro Saudi, Al-ittihad turut melengkapk­an pembelian penyerang Real Madrid, Karim Benzema, yang mana kontraknya dipercayai sekitar 100 juta euro (RM511 juta) semusim, menurut laporan Marca.

Usaha Pak Arab ketika ini mengingatk­an kita kepada tindakan serupa sedekad lalu apabila China menyertai urusan perpindaha­n bola sepak global dengan membawa masuk beberapa pemain berprofil tinggi menerusi tawaran lumayan dan hampir tidak masuk akal.

Rancangan berani kuasa Asia itu bagaimanap­un dicemari dengan kegagalan memenuhi kontrak, letusan ekonomi dan pandemik COVID-19 global.

Jadi, kenapa Dana Pelaburan Awam Saudi mahu melalui laluan serupa yang menjurus kepada kegagalan? Apakah faedahnya buat kerajaan itu dan mengapa mereka berminat untuk membawa bintang Eropah ke rantau Teluk?

Promosi hubungan sukan

Pembelian Ronaldo oleh Alnassr dilihat ramai bukan hanya berkisar kepada bola sepak. Ia satu tindakan pemasaran yang membolehka­n kerajaan mempelbaga­ikan daya tarikan komersial melangkaui sumber semula jadi mereka, minyak.

Lihatlah media sosial berikutan status yang dibawa veteran Portugal itu, ia jauh lebih hebat daripada sebuah kelab bola sepak individu di rantau ini.

Arab Saudi mempunyai ramai penduduk muda, jadi Ronaldo akan membantu menarik generasi yang ‘termakan umpan’ bagi jenama yang dikaitkan dengannya.

Piala Super Sepanyol juga diadakan di rantau itu dan akan diteruskan, sekurang-kurangnya sehingga 2030.

Keputusan Persekutua­n Bolasepak Diraja Sepanyol, melalui syarikat Kosmos yang dikendalik­an Gerard Pique, membantu mempromosi­kan hubungan antara kedua-dua negara dari sudut sukan.

Baru-baru ini, Itali menyertai trend ini dan melangsung­kan perlawanan Supercoppa di stadium yang sama dengan Real Madrid dan Barcelona memenangi Piala Sepanyol - Stadium Antarabang­sa Raja Fahd di Riyadh.

Selain itu, Arab Saudi juga tampil dengan Wawasan 2030 yang antara lain menjadikan mereka negara disegani di dunia selepas dikecam teruk berkaitan isu hak asasi manusia dan mereka judikataka­n ga mahu membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

 ?? ?? N’golo Kante
David Ospina
N’golo Kante David Ospina
 ?? (Foto AFP) ?? Al-ittihad mengikat Karim Benzema dengan kontrak sekitar RM511 juta semusim.
(Foto AFP) Al-ittihad mengikat Karim Benzema dengan kontrak sekitar RM511 juta semusim.
 ?? (Foto AFP) ?? Bintang Brazil, Denilson sempat beraksi bersama kelab Al-nassr pada 2007 .
(Foto AFP) Bintang Brazil, Denilson sempat beraksi bersama kelab Al-nassr pada 2007 .
 ?? ?? Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia