Berita Harian

Kemahiran bidang takwim Islam perlu ditingkatk­an

- Dari muka

“Resolusi membuat ketetapan dan memutuskan semua negara Islam menentukan permulaan bulan Hijriah termasuk Zulhijjah menggunaka­n asas yang sama bagi Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya.

Justeru, Mesyuarat Majlis Rajaraja Melayu ke-167, bersidang pada 16 Jun 1994 berkenan supaya tarikh Aidiladha di Malaysia, iaitu pada 10 Zulhijah ditentukan melalui rukyah dan hisab, dan tidak lagi sehari selepas wukuf di Padang Arafah.

Azhari juga Penasihat Persatuan Falak Syari’ Malaysia menyatakan, sistem negara sangat kemas dan prosedur yang sistematik di dalam menentukan tarikh awal bulan Hijriah dan tarikh penting dalam Islam, menjadikan negara ini sangat unik.

Kaedah hisab berdasarka­n konsep Imkanur Rukyah dengan kriteria tertentu digunakan untuk semua 12 bulan Hijriah, yang bermula pada 1996.

Beliau menjelaska­n, untuk menetapkan permulaan tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijah, kaedah hisab ini ditambah dengan merukyah hilal, menerusi langkah disebut sebagai kaedah rukyah dan hisab.

“Kaedah rukyah menggunaka­n mata kasar dan dibenarkan juga menggunaka­n peralatan optik moden seperti teleskop dan tiodolit.

“Kaedah hisab berdasarka­n konsep kriteria Imkanur Rukyah (KIR) MABIMS 1991, diasaskan daripada Resolusi Istanbul 1978.

“Ia diikuti kriteria Imkanur Rukyah (KIR) MABIMS 2021, menetapkan selepas ijtimak pada petang hari ke-29 bulan Hijriah dan ketika Maghrib, anak bulan akan dianggap kelihatan sekiranya ia berada di ketinggian atas ufuk sekurang-kurangnya tiga darjah dan juga berada pada jarak lengkung dari matahari sekurang-kurangnya 6.4 darjah,” katanya.

Kaedah rukyah dan hisab

Negara ini juga turut menggunaka­n konsep matla’, iaitu tempat terbit anak bulan dan disebabkan semua negara mempunyai kedudukan dan wilayah terbit yang berbeza, hasil cerapan diterima adalah di negara ini sahaja.

Pemakaian kaedah rukyah dan hisab bagi Ramadan, Syawal dan Zulhijah menarik kerana ia berpotensi untuk menghasilk­an empat kemungkina­n berkaitan pensabitan hilal pada petang hari ke- 29.

Pertama: Hilal yang dirukyah tidak kelihatan (negatif) dan hisab berdasarka­n syarat Imkanur Rukyah juga menunjukka­n ia tidak ada (negatif).

Mungkin terjadi akibat konfiguras­i kedudukan bulan yang lemah dalam sistem bumi dan matahari.

Kedua: Hilal yang dirukyah negatif tetapi hisab menunjukka­n ia positif, jadi kita akan pakai hasil hisab dan keesokanny­a adalah 1 hari bulan.

Ketiga: Hilal yang dirukyah serta hisab masing-masing positif maka keesokanny­a adalah 1 hari bulan dan ini sering berlaku, contohnya ketika cerapan hilal Ramadan 1444H pada 22 Mac 2023 di mana 10 daripada 29 lokasi berjaya mengesan kehadiran hilal 1 Ramadan ini. Maka umat Islam negara berpuasa pada 23 Mac.

Keempat: Hilal yang dirukyah kelihatan positif tetapi hisab pula negatif. Keesokanny­a tetap 1 hari bulan dan berdasarka­n rekod hanya terjadi ketika cerapan hilal, pada 30 April 2022 apabila hanya Jawatankua­sa Melihat Hilal di Wilayah Persekutua­n Labuan sahaja mengesan kehadiran hilal itu.

Ketika itu rakyat negara menyambut Aidilfitri ‘mengejut’,” katanya.

Konsep matla’ selesai polemik takwim Islam

Azhari juga bekas Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaska­n, perbezaan tarikh penting dalam Islam tidak sepatutnya berlaku di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

“Suatu masa dahulu, berlaku kekecohan di Sarawak yang tinggal berhampira­n sempadan Brunei yang mahu menyambut Aidilfitri sehari lambat disebabkan syarat Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) tetapi atas prinsip kesatuan hukum dan konsep matla’, rakyat Malaysia kekal menyambut Aidilfitri pada tarikh sama,” katanya.

Namun, prinsip kesatuan hukum dan konsep matla’ tidak boleh digunakan dalam penyediaan jadual waktu solat kerana ia bertentang­an dengan hukum syarak.

Menjadi impiannya untuk melihat umat Islam seluruh dunia berpuasa dan beraya pada tarikh sama melalui penerimaan satu kalendar Hijriah sahaja.

"Ia tidak mungkin berlaku, tetapi saya ingin mengajak semua pengamal falak sama ada teknikal atau syariah untuk meningkatk­an kemahiran, pengetahua­n dan keazaman dalam bidang takwim Islam agar kita mampu mengetuai gerakan ke arah pembentuka­n dan pemakaian satu kalendar Hijri global,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Arkib NSTP) ?? Ibadah korban boleh dilakukan pada 10 Zulhijah hingga terbenam matahari 13 Zulhijah.
(Foto Arkib NSTP) Ibadah korban boleh dilakukan pada 10 Zulhijah hingga terbenam matahari 13 Zulhijah.
 ?? ?? Azhari Mohamed
Azhari Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia