Berita Harian

UTP universiti swasta nombor 1 ASEAN

- BERNAMA

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai universiti nombor satu di Malaysia, selain muncul universiti swasta nombor satu ASEAN dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education (THE) 2023.

UTP dalam kenyataan berkata, ini pencapaian bersejarah kepada institusi pengajian tinggi negara itu yang melonjak 32 anak tangga ke tangga 63 tahun ini daripada kedudukan ke-95 pada tahun lalu.

Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib,

berkata pencapaian itu menunjukka­n komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlan­gan akademik, penyelidik­an dan inovasi yang memberi kesan serta mewujudkan pengalaman penuntut yang luar biasa, selain terus mendukung standard yang tinggi untuk menghasilk­an kesan yang bertahan lama dalam arena akademik dan penyelidik­an sejagat.

“Kami amat bangga dengan peningkata­n ketara UTP dalam Ranking Universiti Asia THE 2023. Pencapaian ini bukti kepada dedikasi dan kerja keras fakulti, staf dan penuntut kami.

“Tambahan pula, kami amat berterima kasih kepada PETRONAS dan rakan kongsi kami atas kejayaan ini yang berjaya dicapai kerana sokongan mereka yang berterusan,” katanya.

Mohamed Ibrahim berkata,

UTP kekal komited untuk mengasah bakat pemimpin masa depan, memacu inovasi, mempromosi kelestaria­n dan usaha berterusan mereka ke arah kecemerlan­gan akan menyumbang kepada pembanguna­n graduan berkemahir­an tinggi yang sedia untuk memberi kesan penting di peringkat tempatan dan sejagat.

“Sebagai sebahagian daripada aspirasi kami ke arah kelestaria­n sejagat yang unggul, kami akan terus menyokong inisiatif peralihan tenaga PETRONAS ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? Mohamed Ibrahim
Mohamed Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia