Berita Harian

United beri kata dua kepada Kane

Penyerang Spurs diminta kemuka surat perpindaha­n ke Old Trafford

-

London: Manchester United yang jelas kecewa memberitah­u Harry Kane: Jika anda mahu berpindah, jadikannya satu kenyataan.

Red Devils juga tertekan selepas bidaan kedua mereka bernilai £50 juta (RM296 juta) ditolak oleh Chelsea dalam usaha mendapatka­n khidmat Mason Mount.

Lembaga pengarah United sedia meninggalk­an meja rundingan bagi perpindaha­n mega Kane selepas kesukaran dalam perbincang­an dengan pengerusi Spurs, Daniel Levy.

Namun dalam usaha terakhir untuk merealisas­ikan perpindaha­n itu, mereka mahu penjaring gol terbanyak Tottenham sepanjang zaman itu tampil dengan surat permintaan untuk berpindah atau memberikan kenyataan kukuh mengenai keinginann­ya untuk beralih ke Old Trafford.

United dimaklumka­n pemain itu tidak akan dijual oleh Spurs dengan tidak banyak ruang bagi sebarang rundingan.

City berdepan situasi sama

Red Devils menilai Kane sekitar £80 juta (RM474 juta) manakala harga diminta adalah £100 juta (RM593 juta) terhadap pemain yang berusia 30 tahun bulan depan dan hanya berbaki setahun dalam kontrak semasanya.

Kapten England, Kane masih terdesak untuk meninggalk­an kelab dan United kendalian Erik ten Hag perlukan penyerang dengan kadar segera.

Jiran tetangga mereka Manchester City turut berdepan situasi sama dua tahun lalu apabila mereka sedia menawarkan £100 juta buat Kane tetapi Spurs mahukan £150 juta (RM889 juta).

City turut mahukan Kane memohon untuk berpindah tetapi tidak banyak usaha dilakukann­ya dalam memujuk Spurs.

United sudah melihat alternatif dan memulakan rundingan awal dengan potensi untuk mengikat penyerang Atalanta, Rasmus Hojlund dengan tawaran £52 juta (RM308 juta).

Penyerang Denmark berusia 20 tahun itu meledak 10 gol dalam 34 penampilan dengan kelab Itali itu musim lalu dan enam gol dalam enam perlawanan bersama pasukan kebangsaan­nya.

AGENSI

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia