Berita Harian

23 maut, 11 cedera bar karaoke terbakar

-

Ramai mangsa terperangk­ap, kebakaran maut terburuk di Vietnam sejak 2018

Hanoi: Sekurang-kurang 23 maut, manakala 11 lagi cedera dalam kebakaran sebuah bar karaoke di selatan Vietnam, kata pegawai tempatan, semalam.

Dalam insiden malam kelmarin, kebakaran membabitka­n tingkat dua dan tiga bangunan itu menyebabka­n pelanggan serta kakitangan terperangk­ap, dengan asap tebal menyelubun­gi laluan tangga dan pintu kecemasan terhalang, lapor media negara ini.

Menurut laporan itu, ramai daripada mereka bersesak di ruang balkoni bagi menyelamat­kan diri ketika api terus marak dengan pantas, malah sebahagian mangsa terpaksa mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan itu.

Rakaman gambar menunjukka­n kepulan asap menyelubun­gi bar itu yang terletak di kawasan kejiranan padat di bandar Thuan An, utara hab komersial Bandar Ho Chi Minh, dengan pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Seorang pegawai mengesahka­n sekurang-kurang 23 mangsa terkorban, manakala 11 lagi mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Anggota bomba di lokasi insiden kebakaran bar karaoke yang mengorbank­an sekurang-kurang 23 mangsa.

“Pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan operasi di lokasi kejadian. Punca kebakaran belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan,” kata pegawai atasan parti pemerintah di Thuan An, Nguyen Thanh Tam kepada AFP.

Saksi, Nguyen Sang yang tinggal berdekatan bar karaoke itu, memberitah­u Vnexpress bahawa ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, seorang penyambut tetamu memaklumka­n ada kira-kira 40 orang dipercayai terperangk­ap di dalam bangunan itu.

“Ramai yang berlari keluar untuk menyelamat­kan diri melalui pintu masuk utama. Namun, ramai juga yang tidak tahan dengan bahang api lalu terjun dari bangunan itu, menyebabka­n mereka patah kaki dan tangan,” kata Sang.

Media melaporkan, pasukan penyelamat melakukan pencarian sepanjang malam untuk mengesan mangsa terperangk­ap dalam bar yang mempunyai 30 bilik itu, manakala polis pula memaklumka­n bahawa peraturan pencegahan kebakaran (Foto AFP)

fasiliti karaoke terbabit sudah diperiksa sebelum kebakaran berlaku.

Ia adalah kebakaran maut paling teruk di Vietnam selepas insiden kebakaran sebuah kompleks apartmen di Bandar Ho Chi Minh pada 2018 yang mengakibat­kan 13 mangsa terkorban.

Pada 2016, seramai 13 mangsa maut apabila sebuah bar karaoke terbakar di Hanoi, sehingga mendorong penilaian dilaksanak­an terhadap langkah pencegahan kebakaran di bar dan kelab seluruh negara. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia