Berita Harian

Jordi termahal selepas Forestieri

- Oleh Syafiq Aznan

Syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Takhta pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) sekali lagi bertukar ‘baton’ selepas juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa masuk pertahanan tengah baharu pada jendela perpindaha­n kedua, Jordi Amat.

Gelaran yang sebelum ini dipegang penyerang skuad Harimau Selatan, Fernando Forestieri yang ketika ini bernilai RM4.02 juta menjadi milik bekas pemain Rayo Vallecano dan Swansea yang dianggarka­n bernilai RM4.6 juta.

Nilai pasaran semasa pemain itu diperoleh menerusi semakan daripada laman sesawang terkenal bola sepak, transferma­rkt.com.

Situasi ini menyaksika­n JDT terus menghimpun ‘koleksi’ pemain termahal Liga Super selepas beberapa pemain mereka sebelum ini turut memegang ‘tanda harga’ tertinggi seperti Forestieri, Gonzalo Cabrera (RM2.93 juta), Jonathan Herrera (RM5.96 juta) dan Diogo Santo (RM4.8 juta).

Malah, pemain berusia 31 tahun itu pernah mencatat nilai pasaran tertinggi sebanyak RM23 juta ketika bersama Real Betis pada 2018.

Semakan lanjut ke atas nilai pasaran pemain Liga M yang lain turut mendapati beberapa ‘muka baharu’ yang akan menyertai kancah bola sepak tempatan pada jendela perpindaha­n kedua memasuki senarai 10 teratas.

Antaranya adalah penyerang baharu Sri Pahang FC (SPFC), Steven Rodriguez menjadi pemain keenam termahal Liga M apabila memegang ‘tanda harga’ bernilai RM1.8 juta.

Selain itu, pemain tengah baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mahmoud Al Mardi pula bernilai RM1.5 juta manakala seorang lagi pemain import baharu Tok Gajah iaitu Sherzod Fayziev bernilai RM1.38 juta.

Jordi memperagak­an jersi JDT selepas menandatan­gani kontrak bersama pasukan itu kelmarin.

Aksi Zii Jia ketika menentang Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Axiata Arena, semalam.

 ?? (Foto hsan FB Johorsouth­erntigers) (Foto Asyraf Hamzah / BH) ?? Sukan 52
(Foto hsan FB Johorsouth­erntigers) (Foto Asyraf Hamzah / BH) Sukan 52

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia