Berita Harian

Lokman diberi notis tunjuk sebab

-

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam semalam dikenakan notis tunjuk sebab berhubung tindakanny­a menghalang penjawat awam dan mendakwa sistem perundanga­n negara tidak adil.

Ketika perbicaraa­n kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitka­n Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membangkit­kan tindakan Lokman dan meminta mahkamah mengenakan tindakan terus kepadanya.

Raja Rozela berkata, ketika prosiding berhenti rehat, beliau dimaklumka­n oleh polis mahkamah, Lans Koperal Walter bahawa Lokman yang juga Presiden Laskar Siber Malaysia memanggil polis ‘bodoh’ apabila dia ditegur sedang ‘bermain’ telefon ketika prosiding kes.

Berikutan aduan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian bertanya kepada Lokman yang berada di mahkamah mengapa beliau bertindak sedemikian.

Lokman berkata, beliau hanya mencatat (perjalanan prosiding) menggunaka­n telefon.

“Saya hanya mencatat, saya boleh menunjukka­n bukti... mengapa orang lain boleh buat perkara sama menggunaka­n laptop tetapi saya tidak boleh,

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ini tidak adil,” katanya.

Sequerah: Tuduhan ke aras kamu ialah menghalang anggota polis. Saya dengan ini mengeluark­an surat tunjuk sebab terhadap kamu. Adakah kamu hendak melantik peguam?

Raja Rozela: Mohon mahkamah mengeluark­an notis tunjuk sebab kerana beliau mempertika­ikan sistem undang-undang sebagai bodoh di hadapan Yang

Arif. Saya juga memohon mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah sertamerta bagi menghalang­nya melarikan diri.

Lokman kemudian menyatakan beliau berhasrat melantik peguam.

Peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal kemudian mencadangk­an selaku amicus curiae (sahabat mahkamah) supaya Lokman diberi peluang melantik peguam dan hadir ke mahkamah minggu depan serta menjawab notis tunjuk sebab itu.

Sequerah menetapkan Isnin depan supaya Lokman hadir ke mahkamah bersama peguamnya bagi memberikan alasan mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana menghalang penjawat awam dan mendakwa sistem perundanga­n tidak adil.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia