Berita Harian

Shafee diberi pelepasan sementara pasport urus sekolah anak

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membenarka­n permohonan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk mendapatka­n pasport buat sementara bagi membolehka­n beliau ke Itali untuk urusan pertukaran sekolah anak perempuann­ya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memberikan pelepasan sementara pasport peguam itu yang diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan mulai 8 Julai hingga 11 Ogos depan, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, tidak membantah permohonan berkenaan.

Peguam, Wee Yeong Kang yang mewakili Muhammad Shafee, berkata anak guamnya perlu ke Itali atas urusan proses pertukaran sekolah anak perempuan keduanya yang sedang belajar di Internatio­nal School for Europe di Milan, Itali, ke The Internatio­nal School of Kuala Lumpur.

“Beliau juga akan berjumpa dengan anak perempuan sulungnya yang sedang belajar di Universiti John Cabot, Rom, Itali,” katanya.

Menurut notis usul difailkan pada 24 Jun lalu, Muhammad Shafee memohon agar pasport antarabang­sanya diserahkan kepada beliau buat sementara selewat-lewatnya esok, untuk beliau membuat persiapan berangkat ke Itali dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Julai ini.

Muhammad Shafee yang juga peguam bela utama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes berkaitan SRC Internatio­nal Sdn Bhd dan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), telah dibenarkan ke luar negara beberapa kali selepas beliau sendiri didakwa di mahkamah.

Peguam berusia 70 tahun itu menyerahka­n pasportnya kepada mahkamah pada September 2018 selepas didakwa atas dua pertuduhan menerima RM9.5 juta didakwa hasil aktiviti haram melalui dua cek dikeluarka­n oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Muhammad Shafee juga berdepan dua pertuduhan terbabit dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram, iaitu mengemukak­an penyata tidak betul dan bertentang­an dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 serta 31 Disember 2014.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia