Berita Harian

CIMB sedia pembiayaan RM100 juta pacu amalan lestari

-

CIMB Group komited menyediaka­n pembiayaan berjumlah RM100 juta melalui Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) untuk menggalakk­an dan memperkasa perniagaan bagi menyesuaik­an amalan karbon rendah dan mampan untuk daya tahan perniagaan.

Perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menerima manfaat daripada pembiayaan bebas cagaran sehingga RM10 juta dengan bayaran balik yang berpatutan untuk tempoh sehingga 10 tahun pada kadar faedah rendah sehingga lima peratus setahun, katanya.

“Ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk negara mencapai keneutrala­n karbon menjelang 2050, serta hasrat CIMB Group sendiri untuk menyokong ekonomi berkarbon rendah dengan mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, termasuk pelepasan pembiayaan skop 3,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Komersial kumpulan, Victor Lee Meng Teck dalam kenyataan.

LCTF yang ditawarkan melalui CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank, menguatkan hasrat kumpulan untuk menyediaka­n pembiayaan mampan sebanyak RM30 bilion menjelang 2024 sebagai sebahagian daripada pelan strategikn­ya, Forward23.

Sehingga akhir 2021, CIMB sudah menyediaka­n pembiayaan mampan sebanyak RM25.9 bilion di bawah rangka kerja Perkhidmat­an dan Produk Berimpak Kelestaria­n, Sosial serta Hijau (GSSIPS), menempatka­n bank itu di landasan untuk menjadi peneraju kelestaria­n ASEAN menjelang 2024.

Layari https://www.cimb.com. my/smerenewab­leenergy-i untuk maklumat lanjut mengenai penyelesai­an pembiayaan LCTF CIMB kepada PKS. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia