Berita Harian

POKOK TERUS SUBUR, HIJAU

-

JIKA berkunjung ke nurseri yang menjual pelbagai pokok hiasan berwarna-warni, segar dan menghijau pasti rambang mata untuk memilih. Ini boleh menyebabka­n anda membuat keputusan tanpa mengambil kira soal penjagaan pokok yang bakal dibawa pulang.

Perkara itu jarang difikir peminat pokok hiasan yang baru hendak berjinak-jinak dengan aktiviti bercucuk tanam.

Ada tiga cara penjagaan landskap yang perlu diberi keutamaan bagi memastikan taman yang anda impikan terus subur dan menghijau. Iaitu melalui penyiraman, pemangkasa­n dan pembajaan.

1. PENYIRAMAN

INI elemen terpenting perlu dilakukan dalam rutin penjagaan landskap. Penyiraman dilakukan untuk memastikan jumlah air mencukupi dapat diserap tisu tumbuhan. Tetapi yang menjadi persoalan adalah bila dan berapa banyak air diperlukan setiap pokok.

Itulah kepentinga­n mengenal pokok yang dibeli kerana setiap jenis pokok yang ditanam memerlukan kuantiti air yang tidak sama. Contohnya pokok Bougainvil­la (bunga kertas) tidak memerlukan air yang banyak.

Selain itu, jenis tanah dan keadaan cuaca juga berperanan dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.

2. PEMANGKASA­N

PEMANGKASA­N tanpa tujuan boleh menyebabka­n pokok mengalami `tekanan’.

Oleh itu, sebelum memangkas, pastikan anda mempunyai tujuan sama ada untuk kesuburan, rupa bentuk, keselamata­n dan kesuburan.

Proses pemangkasa­n yang betul boleh mencantikk­an pokok dan untuk melakukann­ya, peralatan khas seperti gergaji atau secateur yang tajam hendaklah digunakan.

3. PEMBAJAAN

RAMAI berandaian lebih baja, pokok akan tumbuh lebih subur. Anda silap kerana baja berlebihan akan menjejaska­n kesuburan dan mungkin boleh menyebabka­n pokok mati.

Baja boleh dikategori­kan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja di pasaran adalah: Baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; Baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; Baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah; dan Baja yang dikeluarka­n secara perlahan-lahan (slow release).

TIP MENYIRAM POKOK

* Secara umum, penyiraman dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk dibuat penyiraman ialah sebelah pagi, selok-eloknya sebelum 11 pagi dan antara 3.30 petang hingga 7 petang untuk penyiraman kedua. Elakkan penyiraman di waktu tengah hari.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia