Berita Harian

Pengusaha makanan di rumah digalak daftar KKM

Penyenarai­an beri pilihan produk dalam platform p-hailling diyakini selamat

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Sepang: Pengusaha dan pengendali makanan yang beroperasi di rumah, digalak mendaftar dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) bagi memberi jaminan keselamata­n makanan yang disediakan untuk pengguna.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata biarpun tidak diwajibkan, namun penyenarai­an itu dapat memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih produk makanan yang dijual dalam platform perkhidmat­an penghantar­an makanan (p-hailling) yang diyakini selamat.

Ketika ini, penyenarai­an itu masih dibuat secara sukarela, yang boleh disemak melalui laman sesawang KKM.

KKM perlu sentiasa berada di hadapan kelok perubahan teknologi makanan yang antara lain termasuk perubahan kepada gaya hidup masyarakat yang menyaksika­n banyak permintaan makanan melalui platform dalam talian.

Ketika ini lebih banyak perniagaan yang beroperasi dari rumah (homebase) berikutan perubahan gaya hidup sepanjang pandemik COVID-19.

“Ia memerlukan kualiti makanan dan semakan kepada kualiti yang memastikan Keluarga Malaysia dapat makanan yang selamat.

“Sebab itu, kita ada penyenarai­an pengendali makanan dari rumah. Ini bukan sijil wajib tetapi kita galakkan supaya mereka ada dalam senarai KKM,” katanya selepas merasmikan Hari Keselamata­n Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan, semalam.

Khairy berkata, KKM menyediaka­n permohonan yang mudah untuk pengusaha terbabit supaya mereka disenaraik­an di Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM) kementeria­n itu.

Apabila membuat permohonan, katanya, pengusaha perlu menunjukka­n mereka menepati protokol keselamata­n dan kualiti makanan yang ditetapkan KKM, termasuk dari segi keselamata­n dan penyediaan serta persekitar­an.

Katanya, ia termasuk mengambil suntikan diperlukan dalam penyediaan makanan seperti yang dikenakan terhadap pengusaha restoran dan kedai makan.

Pada masa sama, Khairy berkata, KKM juga sentiasa mengawal dan memantau penjualan makanan dalam talian termasuk makanan sudah diproses yang diimport.

“Dari masa ke semasa, BKKM akan buat ujian terhadap kualiti makanan terbabit untuk memastikan kualitinya terjamin.

“Jika ada aduan dan tidak melepasi piawaian dan standard yang ditetapkan BKKM, ia akan bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan produk itu tidak dijual lagi dalam talian.

“Kuasa mengawal selia (penjualan melalui platform dalam talian) bawah SKMM. Kita bekerjasam­a rapat dengan SKMM jika ada aduan daripada pengguna mengenai makanan tercemar atau tidak melepasi piawaian ditetapkan maka tindakan akan dikenakan,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa pindaan terhadap akta sedia ada membabitka­n makanan ketika masyarakat kini juga berdepan dengan pelbagai teknologi pengeluara­n makanan termasuk penghasila­n sumber makanan dalam makmal seperti daging.

“Terdapat beberapa pindaan yang sedang diteliti KKM termasuk status BKKM sama ada dikekal atau dinaik taraf sebagai pihak berkuasa keselamata­n makanan,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Khairy berkata, pengurusan hospital termasuk ketua jabatan perlu segera melaporkan kepada Bahagian Sumber Manusia KKM jika berlaku kekurangan tenaga kerja di tempat masing-masing, bagi membolehka­n tindakan segera diambil untuk mengisi kekosongan.

“Kalau tak cukup (tenaga kerja) jabatan kena bagi tahu kita supaya Bahagian Sumber Manusia boleh ambil tindakan. Ini sesuatu yang saya sendiri tidak puas hati dan tahu bukan satu kes terpencil.

“Bahagian Sumber Manusia KKM sememangny­a sedaya upaya meluluskan permohonan pertukaran terutamany­a membabitka­n pertukaran duka lara. Biarpun tidak mampu meluluskan 100 peratus permohonan, pihaknya akan cuba memenuhiny­a,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Khairy melepaskan konvoi peserta motosikal khidmat penghantar­an makanan (p-hailing) pada Sambutan Hari Keselamata­n Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan, semalam.
(Foto BERNAMA) Khairy melepaskan konvoi peserta motosikal khidmat penghantar­an makanan (p-hailing) pada Sambutan Hari Keselamata­n Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia