Berita Harian

‘Kacang’ serik dimalukan skuad Laos

-

Kuala Terengganu: Pemain sayap skuad kebangsaan bawah 23 Tahun (B-23) negara, Muhammad Syafik Ismail enggan episod malang dimalukan Laos 2-1 ketika Kejuaraan Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Kemboja, Januari lalu berulang pada Sukan SEA Hanoi malam ini.

Justeru, pemain Terengganu FC (TFC) yang pernah menjalani latihan bersama pemain profesiona­l di Old Trafford, Manchester United dalam program Mencari Ramli pada 2016 mengingatk­an rakan sepasukan supaya tidak leka dan terus dibuai dengan kemenangan ke atas Thailand 2-1 Sabtu lalu.

Sebaliknya, anak kelahiran kampung Bukit Jetit, Marang yang hanya berketingg­ian 1.58 meter itu menuntut rakan sepasukan meneruskan rentak kemenangan berdepan Laos.

“Impian kami sudah tentu untuk memburu kemenangan kedua bagi mencerahka­n lagi laluan bagi menjuarai peringkat kumpulan, sekali gus layak ke peringkat separuh akhir.

“Jadi, jika diturunkan sekali lagi esok (hari ini), Syafik mahu membalas kepercayaa­n diberikan jurulatih,

Brad Maloney dengan persembaha­n terbaik sebagaiman­a ketika menentang Thailand, Sabtu lalu walaupun sebagai pemain gantian.

“Bagaimanap­un jika Syafik tidak diturunkan kerana strategi jurulatih, Syafik harap rakan sepasukan mampu memperagak­an aksi terbaik dan konsisten dalam misi memburu tiga mata lagi,” kata pemain yang lebih mesra dipanggil 'Kacang' ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Ketika menewaskan skuad Gajah Perang 2-1, Syafik yang dimasukkan sebagai pemain gantian beraksi cemerlang di posisi sayap kanan termasuk berjaya melakukan hantaran mengeliruk­an untuk jaringan kemenangan negara dihasilkan Nur Azfar Fikri Azhar.

Mengulas lanjut, pemain yang boleh beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri itu mengingatk­an dirinya dan rakan sepasukan agar tidak melakukan kesilapan dan mengikut perancanga­n jurulatih.

“Dalam bola sepak apa-apapun boleh berlaku, jadi kami tidak boleh memandang mudah keupayaan pasukan lawan yang sudah pasti hadir dalam misi sama merakamkan kemenangan,” katanya.

Muhammad Syafik

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia