Berita Harian

Usah pandang Sarawak sebelah mata

-

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel mengingatk­an anak buahnya supaya tidak memandang Sarawak United dengan sebelah mata apabila kedua-duanya berentap di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Jurulatih berasal dari Perancis itu berkata, biarpun prestasi Sarawak United tidak konsisten apabila berada di tangga kedua tercorot Liga Super, ia belum menjamin keputusan akan berpihak kepada Sri Pahang.

“Saya jangkakan cabaran Sarawak bukan mudah kerana kerana kebanyakan pasukan yang berdepan Sarawak jelas bergelut sebelum menewaskan skuad Bujang Senang itu.

“Justeru, kami perlu berwaspada dan perlu fokus selain mengelakka­n kesilapan seperti yang kami lakukan pada perlawanan sebelum ini.

“Saya harap semua pemain dapat membentuk persefaham­an mantap dan tidak mensia-siakan setiap peluang untuk mengutip tiga mata,” kata jurulatih berumur 50 tahun itu.

Ditanya sama ada dua pemain import, Billy Ketkeophom­phone dan Mahmoud Za'tara akan disenaraik­an, Gamel bagaimanap­un tidak pasti kerana tahap kecederaan Ketkeophom­phone dan Za'tara hanya akan diketahui pada hari perlawanan.

“Saya tidak dapat memastikan dua pemain import ini akan dapat bermain atau tidak kerana ia bergantung kepada tahap kecederaan dan kecergasan.

“Apa yang boleh saya sahkan ialah Abdul Malik Mat Ariff tidak dapat disenaraik­an kerana digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

“Walaupun ketiadaan Abdul Malik memberi sedikit impak kepada pasukan, saya harap pemain yang menggantik­an posisi dapat bermain dengan bagus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia