Berita Harian

Haaland mampu bawa City terbang lebih tinggi

-

Klopp akui penyerang Dortmund mampu mantapkan skuad Guardiola

Berlin: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan beliau bersedia untuk berentap merebut lebih banyak lagi trofi dengan Manchester City dan mengakui perpindaha­n penyerang utama Borussia Dortmund, Erling Haaland ke Etihad mampu memacu mereka ke peringkat lebih tinggi.

Klopp yang mengikat perjanjian dengan Liverpool sehingga 2026 sedar City tidak akan berhenti berusaha untuk menjadi yang terbaik.

“Saya mengikat kontrak baharu (sehingga 2026) kerana mengetahui City tidak akan berhenti membangun,” kata Klopp.

"Ia bukan City yang menjadi penentu jika kami boleh gembira atau tidak. Ia adalah mengenai diri kami dan apa yang kami boleh lakukan untuk gembira.

“Jika Haaland berpindah ke sana (City) itu tidak akan melemahkan mereka. Sudah tentu tidak. Saya tahu pada masa ini orang lain bercakap tentang wang tapi perpindaha­n itu akan meletakkan mereka pada tahap yang baru,” katanya.

Penyerang utama Borussia Dortmund itu hampir memeterai perjanjian perpindaha­n ke City dengan beberapa media Jerman melaporkan ia sebagai perpindaha­n yang paling menguntung­kan.

Haaland menjadi prospek pemain paling hangat musim ini dengan pemain Norway berusia 21 tahun itu sudah menjaringk­an 61 gol dalam 66 perlawanan liga untuk kelab sejak menyertai mereka pada awal 2020.

Haaland dijangka menyertai City minggu ini.

Beberapa kelab terkemuka termasuk Real Madrid, Paris St Germain dan City antara yang dikaitkan dengan perpindaha­n pemain itu.

Sky Germany yang memegang hak ke atas Bundesliga pada Isnin lalu melaporkan pemain itu sudah memaklumka­n kepada kelab tentang hasratnya untuk bersama skuad kendalian Pep Guardiola dan sudah berhubung dengan kelab berkenaan mengenai klausa perpindaha­n.

Beberapa media lain termasuk akhbar Bild dan majalah Kicker, memetik daripada sumber berkata perjanjian itu akan dimuktamad­kan dalam beberapa hari lagi.

Dortmund dikatakan berminat untuk mendapatka­n penyerang Salzburg, Karim Adeyemi bagi menggantik­an tempat yang akan ditinggalk­an Haaland. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia