Berita Harian

Putin tidak kerah dan arah tentera, rakyat berperang

-

Kyiv: Ucapan Presiden Russia, Vladimir Putin sempena sambutan Hari Kemenangan semalam, tidak menyentuh sebarang perancanga­n untuk mengerahka­n tenteranya serta meningkatk­an ketegangan di Ukraine.

Ia sekali gus bertentang­an dengan jangkaan negara Barat yang memberi amaran bahawa Putin berkemungk­inan menggunaka­n sambutan Hari Kemenangan di Red Square itu untuk mengarahka­n mobilisasi kebangsaan.

Sambutan Hari Kemenangan di Moscow semalam, yang disertakan perarakan peluru berpandu dan kereta kebal seperti kebiasaann­ya, adalah yang paling mendapat perhatian sejak kekalahan Nazi pada 1945.

Pihak Barat membuat spekulasi sejak beberapa minggu lalu bahawa Putin akan mengerah tenteranya untuk mencapai perkara yang boleh disifatkan sebagai kemenangan menjelang sambutan itu, dan mungkin mengarahka­n rakyat negara itu untuk berperang.

Namun, dalam ucapannya, Putin tidak menyentuh keduadua perkara itu, sebaliknya mengulangi pendiriann­ya bahawa tentera Russia di Ukraine sedang memerangi Nazi.

“Kamu berperang untuk Russia, untuk masa depannya, supaya tiada yang akan melupakan pengajaran Perang Dunia Kedua, dan memastikan tiada ruang untuk pembunuh, penghukum dan Nazi,” katanya di luar tembok Kremlin.

Di Ukraine, Kyiv memaklumka­n Russia terus meningkatk­an serangan di bahagian timur dan melaksanak­an gerakan baharu untuk menumpaska­n saki-baki tentera Ukraine yang masih bertahan di sebuah kilang besi di Mariupol.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, dalam ucapannya sempena hari kemenangan itu, berjanji kepada rakyat Ukraine bahawa tentera negara itu akan menumpaska­n Russia.

“Pada Hari Kemenangan terhadap Nazi, kita melawan untuk mencapai kemenangan baharu. Laluannya sukar, namun kami yakin bahawa kita akan menang,” katanya yang bergerak sekitar pusat Kyiv dengan berpakaian tentera.

Zelenskiy turut merujuk pada Putin dalam ucapannya, dengan berkata: “Individu yang mengulangi jenayah kejam rejim Hitler hari ini, yang mengikuti falsafah Nazi, mengikut semua yang dilaksanak­an Nazi, dialah yang akan musnah.”

Kemenangan Soviet dalam Perang Dunia Kedua mendapat status hampir sama seperti keagamaan di bawah pentadbira­n Putin, yang menggunaka­n memori ‘Perang Patriotik Agung’ sepanjang ‘operasi ketenteraa­n khas’ di Ukraine.

Namun, negara Barat menyifatka­n perkara itu sebagai analogi yang salah untuk mewajarkan penceroboh­an Ukraine yang bermula tanpa provokasi. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia