Berita Harian

Indeks ditutup tinggi

-

FBM KLCI meningkat 1.08 mata kepada 1,550.26

Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi semalam, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam persekitar­an sentimen berhati-hati dan prestasi pasaran serantau yang lemah, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.08 mata kepada 1,550.26 daripada 1,549.18 pada Isnin.

Indeks barometer, yang dibuka tinggi 2.37 mata kepada 1,551.55, bergerak antara 1,548.73 dan 1,559.04 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 676 berbanding 218, manakala 384 kaunter tidak berubah, 965 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.68 bilion unit bernilai RM1.05 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd, berkata pelabur akan memantau keputusan kadar faedah dan kenyataan mengenai prospek pertumbuha­n ekonomi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualka­n hari ini.

“Pelabur dijangka terus berhati-hati dalam tempoh terdekat dan memantau sektor yang sedikit defensif seperti REIT dan utiliti dalam persekitar­an pasaran yang tidak menentu.

“Selain itu, kaunter perbankan

Indeks utama berlegar antara 1,548.73 dan 1,559.04 mata sepanjang sesi pagi semalam.

dijangka diniagakan secara aktif menjelang pengumuman keputusan kadar faedah oleh BNM,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank naik lapan sen kepada RM4.64, Maybank merosot satu sen kepada RM8.99, Axiata menambah enam sen kepada RM3.42, Digi meningkat sembilan sen kepada RM3.55 dan Telekom Malaysia naik 12 sen kepada RM4.94.

Daripada saham aktif, Serba Dinamik merosot empat sen kepada tujuh sen, Ta Win dan Avillion, masing-masing naik setengah sen kepada 13.5 sen dan 9.5 sen, manakala Widad kekal tidak berubah pada 36 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 18.41 mata kepada 11,065.20, Indeks FBMT 100 berkuranga­n 2.81 mata kepada 10,741.49, FBM ACE susut 34.14 mata kepada 5,348.87, FBM 70 jatuh 45.44 mata kepada 13,179.11 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 47.19 mata kepada 11,480.78.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 27.30 mata kepada 16,635.34, Indeks Produk Perindustr­ian dan

Perkhidmat­an merosot 2.72 mata kepada 197.47 dan Indeks Perladanga­n berkuranga­n 171.52 mata kepada 8,079.91. BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia