Berita Harian

AMAL GAYA HIDUP SIHAT

TIDAK dinafikan, aktiviti berbasikal semakin popular dalam kalangan masyarakat dan bukan hanya untuk riadah, malah sebagai ruang berkumpul bersama rakan dan peminat.

-

TIP KAYUH

Latihan bagi menguatkan otot kaki sememangny­a penting bagi peminat sukan berbasikal, sama ada untuk pelumbaan, jambori, kembara atau berkayuh secara santai.

Ini kerana latihan yang betul mampu mengelak otot kaki menjadi kejang, seterusnya memastikan kita dapat mengekalka­n rentak kayuhan.

1 Pastikan anda melakukan pemanasan badan selama 10 minit, terutamany­a pada anggota bahagian bawah badan.

2 Lakukan latihan kayuhan selama 40 minit. Setiap lima minit, tukar gear basikal daripada gear rendah kepada gear tinggi sebelum membuat pecutan selama 10 saat.

3 Berkayuh pada kelajuan 50 hingga 60 rpm dengan gear sesuai untuk mengekalka­n kadar denyutan jantung di bawah zon tiga (paras stamina aerobik). Lakukan selama 10 minit.

Tujuh rekod berbasikal dunia

1 Pelumba Austria, Wolfgang Mader mencatat rekod dunia apabila berkayuh mendaki pergununga­n Telfs and Mosern sebanyak 46 kali atau sejauh 25,346 meter dalam tempoh 48 jam.

2 Pelumba Australia, Andrew Hellinga berkayuh secara mengundur sejauh 337.6 kilometer merentas Australia menggunaka­n basikal jenis BMX.

3 Peer Schepanski dan Gil Bretschnei­der dari Jerman mencatat rekod dunia apabila berjaya mendaki puncak Gunung Muztagata, Xinjiang, China setinggi 7,211 meter dengan basikal.

4 Vittorio Innocentre dari Itali mencatat rekod dunia apabila berjaya berkayuh di dasar laut sedalam 66.5 meter.

5 Tina Ternjak dari Slovenia menjadi wanita pertama mencatat rekod dunia apabila berkayuh sejauh 35.5 kilometer dalam tempoh sejam di atas basikal statik.

6 Lelaki Britain, Alan Bate mencatat rekod dunia apabila berjaya berkayuh sejauh 40,073 kilometer mengelilin­gi dunia dalam tempoh 106 hari, 10 jam dan 33 minit.

7 Robert Marchand mencatat rekod dunia sebagai individu paling tua mengayuh basikal pada umur 102 tahun dan sejauh 30 kilometer.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia