Berita Harian

Air Sungai Padas melimpah, 36 kampung banjir

-

Beaufort: Sebanyak 36 kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir susulan limpahan air Sungai Padas yang melepasi paras bahaya, semalam.

Ia berikutan hujan berterusan di kawasan hulu, terutama di pedalaman, sejak beberapa hari lalu, dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaporkan paras air Sungai Padas mencecah 8.95 meter (m) setakat jam 10 pagi semalam berbanding paras bahaya 8.7m dari aras laut.

Lokasi yang dinaiki air ialah Batu 58, Batu 60, Batu 65, Jempangah, Binunuk, Balibata, Kuarters SEDB Beaufort, Kuarters Kereta Api, Kampung Melati, Lumatai, Kitalabak, Simpang Empat Chan Furniture, Bakalau dan Bingkul.

Selain itu, Kampung Luagan

Sanginan, Laboi, Melalugus, Mempagar, Limbawang, Lajau, Lubak, Batandok Lubak, Poring Lupak, Kampung Lupak, Tuhu, Lupak Seberang, Sungkadan, Beringin, Lago, Suasa, Kukup, Jabang, Pintas, Mapait, Labi dan Gadong.

Banjir turut menjejaska­n lapan laluan utama di sekitar daerah ini, iaitu Jalan Kampung Binunuk, Jalan Kampung Balibata,

Jalan Kampung Laboi-luagan Sanginan, Jalan Kampung Bingkul-kolej Komuniti, Jalan Kampung Suasa, Jalan Kampung Lago, Jalan Kampung Pintas dan Jalan Simpang Empat Chan Furniture.

Malah, tiga sekolah meliputi Sekolah Agama Negeri (SAN) Suasa, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago dan SK Suasa juga ditutup akibat banjir.

Bagaimanap­un, jurucakap APM Beaufort berkata, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatka­n mangsa banjir, setakat jam 2 petang semalam.

“Namun, APM Beaufort sudah menggerakk­an Skuad Delta untuk memantau di kawasan ‘hotspot’ banjir berikutan peningkata­n paras air sungai yang mendadak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia