Berita Harian

Bentuk semula PH Plus, tukar ketua pembangkan­g

- Oleh Saiful Haizan Hasam dan Mohd Iskandar Ibrahim

Kuala Lumpur: Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Bukit Bintang, Ahmad Asri Talib menggesa parti itu dan parti pembangkan­g lain membentuk semula Pakatan Harapan (PH) Plus dengan pengerusi baharu, selain menggantik­an ketua pembangkan­g di Dewan Rakyat.

Katanya, ia berikutan kegagalan PH mendapatka­n akuan bersumpah (SD) atau sokongan mencukupi dari kalangan ahli Parlimen bagi pencalonan Perdana Menteri kesembilan, berbanding 114 yang diperoleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“AMANAH Bukit Bintang mendesak supaya AMANAH dan parti pembangkan­g lain mengambil ketetapan mewujudkan semula PH Plus. Lantik pengerusi PH Plus yang baharu, seterusnya menukar dan mencalonka­n ketua pembangkan­g baharu bagi menggantik­an ketua sedia ada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, calon ketua pembangkan­g di Dewan Rakyat mestilah yang dipercayai penuh oleh semua parti pembangkan­g dalam PH dan sekutunya.

Anggota Kabinet perlu berintegri­ti, selaras hasrat kerajaan pulih ekonomi negara

Kuala Lumpur: Pengurusan kementeria­n tidak kritikal dicadang diserahkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) berbanding melantik menteri dan timbalan dalam Kabinet baharu, sesuai dengan kemampuan negara yang sedang bergelut dengan COVID-19 dan pemulihan ekonomi, khususnya dalam aspek belanjawan.

Penganalis­is Politik dan Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, berkata perkara itu wajar memandangk­an tempoh kerajaan sedia ada sehingga tempoh pembubaran Parlimen hanya berbaki kurang dua tahun.

“Saya berpandang­an sangat penting untuk Perdana Menteri melihat keperluan pembentuka­n Kabinet lebih kecil berbanding 70 orang sebelum ini. Buat masa ini, tidak perlu lantik ramai menteri dan timbalan.

Saya cadangkan bagi kementeria­n tidak kritikal, KSU sudah cukup untuk mentadbir buat masa ini,” katanya kepada BH, semalam.

Katanya, KSU kementeria­n berkaitan wajar diberikan kuasa mentadbir dan membuat keputusan dengan melaporkan terus kepada Perdana Menteri, terutama kementeria­n kritikal seperti Kementeria­n Kesihatan (KKM), kewangan, pertahanan dan dalam negeri.

Penganalis­is politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM),

Prof Madya Dr Rusdi Omar, pula mencadangk­an Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membabitka­n semua pihak, termasuk pembangkan­g dalam pentadbira­nnya demi kebaikan semua biarpun tidak berhasrat membentuk Kabinet perpaduan.

“Perdana Menteri boleh wujudkan jawatankua­sa seperti kesihatan atau pemulihan ekonomi dengan penglibata­n pembangkan­g. Saya lihat ini penting demi kestabilan negara, namun jika beliau ingin babitkan pembangkan­g dalam jawatankua­sa berkenaan, lantiklah yang benar-benar boleh bekerja, bukan sekadar ‘tangkap muat’.

“Dari segi saiz Kabinet pula, saya berpendapa­t tidak ada masalah jika beliau ingin membentuk anggota Jemaah Menteri yang ramai, tetapi mereka mesti boleh buat kerja. Bagaimanap­un tidak perlulah lantik sehingga dua timbalan menteri untuk satu kementeria­n,” katanya.

Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memerangi rasuah, Malaysia Corruption Watch (MCW) berharap kepemimpin­an baharu negara mempunyai keazaman politik yang tinggi untuk membuat perubahan penting dalam memperkasa usaha mengintegr­itikan politik dan fokus kepada agenda antirasuah.

Presidenny­a, Jais Abdul Karim, berkata keazaman politik itu akan mampu melegakan rakyat dan menyembuhk­an negara daripada serangan ‘penyakit empat serangkai’, iaitu pandemik COVID-19, ketidakten­tuan ekonomi, kemelut politik serta rasuah.

Beliau berkata, Kabinet yang bakal dibentuk pula perlu dibarisi pemimpin yang benar-benar berintegri­ti serta berjiwa besar cintakan negara dengan antara kriteria pelantikan tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan fahaman politik itu ialah mereka yang jujur, tidak hipokrit dan tidak mementingk­an ‘tembolok’ sendiri.

 ??  ?? Mohd Azmir
Mohd Azmir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia