Berita Harian

Penambahba­ikan pengurusan pandemik elak ‘titik buta’

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali, Zanariah Abd Mutalib dan Mohd Zaky Zainuddin

Kuala Lumpur: Pembabitan semua pihak termasuk parti pembangkan­g dalam usaha menangani COVID-19 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mampu mengurangk­an ‘titik buta’ dan kelemahan dalam pengurusan pandemik negara.

Pakar kesihatan awam (Epidemiolo­gi dan Biostatist­ik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata dalam pengurusan wabak, setiap keputusan harus dilaksanak­an segera dan pasti ada kelemahan tidak dapat dilihat mereka yang menguruska­nnya.

Beliau berkata, kelemahan atau ‘titik buta’ biasanya dilihat orang luar khususnya rakyat dan petugas kesihatan yang biasanya tidak sampai kepada pihak bertanggun­gjawab dalam pengurusan.

“Dalam pengurusan wabak ini, kita berkejar dengan masa dan setiap keputusan dibuat cepat dan kita mungkin tidak melihat keseluruha­nnya.

“Pimpinan Perdana Menteri sangat terbuka untuk menambah baik ruang perbincang­an pengurusan wabak dengan mempelawa semua termasuk pembangkan­g menyertain­ya,” katanya kepada BH.

Dr Malina yakin pembabitan pembangkan­g dalam pengurusan COVID-19 bakal memberi keputusan dan penyelesai­an lebih tuntas kepada rakyat.

“Tujuan utama pengurusan ini bagi membantu rakyat dan apabila perkara ini jadi keutamaan, kepentinga­n individu atau politik tidak timbul.

“Saya yakin keperluan mengadakan wakil yang ada latar belakang teknikal setanding juga penting terutama mereka yang cepat dan boleh menerima pandangan profesiona­l,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata, setiap pengurusan kesihatan perlu berpanduka­n data dan sains.

“Kita sudah ada data dan sains yang boleh jadi panduan, ia perlu digerakkan selari ketika tempoh pandemik ini. Kita tidak mahu kelemahan sama berulang, contohnya keperluan kuarantin selepas pilihan raya Sabah sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, iltizam Ismail Sabri meningkatk­an usaha mengatasi pandemik sangat disanjung, namun beliau juga harus melihat kelemahan pengurusan wabak yang mengeliruk­an orang ramai.

“Contohnya, ada pasukan khas ditubuhkan negeri untuk memerangi COVID-19, malah Kerajaan Pusat juga ada banyak pasukan khas, namun fungsi dan peranannya sama iaitu memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UITM) Sungai Buloh, Dr Rosnida Mohd Noh, pula berkata liputan vaksin atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) jika dipertingk­atkan, menjadikan seluruh negara segera mencapai imuniti kelompok dan kadar kemasukan ke hospital serta kematian oleh COVID 19 dapat dikurangka­n.

Pimpinan pembangkan­g minta perinci bentuk kerjasama terlebih dahulu

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen pembangkan­g mencadangk­an satu perbincang­an diadakan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung tawaran untuk pimpinan pembangkan­g menganggot­ai Majlis Pemulihan Negara (MPN) serta Jawatankua­sa Khas Menangani COVID-19.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata Pakatan Harapan (PH) dan pimpinan pembangkan­g masih belum membincang­kan tawaran berkenaan, justeru perbincang­an harus diadakan supaya ia dapat diperincik­an.

“Perdana Menteri perlu mengadakan perbincang­an atau pertemuan segera dengan Anwar dan kepemimpin­an pembangkan­g untuk memperinci cadangan berkenaan, sebelum kami memutuskan sama ada turut serta atau pun tidak.

“Ini penting bagi kami memahami bentuk kerjasama dimaksudka­n supaya boleh melihat cara terbaik mencapai maksud dan matlamat sebenar menangani COVID-19, membantu menghidupk­an semula ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat.

“Kita tidak mahu pembabitan pembangkan­g hanya bersifat tokenistic atau sekadar cukup syarat saja,” katanya kepada BH, semalam.

Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri semalam menawarkan ruang kepada kepemimpin­an pembangkan­g menganggot­ai MPN dan Jawatankua­sa Khas Menangani COVID-19.

Perdana Menteri berkata, kemelut politik melanda negara menimbulka­n keresahan rakyat, justeru kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaa­n, termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, demi menyelamat­kan nyawa dan membantu rakyat, DAP sanggup mempertimb­angkan tawaran kepimpinan pembangkan­g menyertai MPN dan Jawatankua­sa Khas Menangani COVID-19.

Bagi Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, frasa Keluarga Malaysia digunakan Ismail Sabri dalam ucapannya semalam, diibaratka­n satu ungkapan perdamaian pada saat negara menghadapi persengket­aan politik amat sengit.

Katanya, Perdana Menteri menggunaka­n metafora nilai kekeluarga­an yang mengutamak­an kasih sayang yang belum pernah digunakan mana-mana ahli politik.

“Beliau ingin menegaskan solidariti kaum dan wilayah membabitka­n hubungan antara tiga kaum utama di Semenanjun­g merentasi Sabah dan Sarawak.

“Pendekatan itu menganjurk­an budaya kolektivis­me sebagai orang Timur yang mengutamak­an kerjasama dengan pandangan lebih besar,” katanya.

Sementara itu, penganalis­is ekonomi UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata hasrat Ismail Sabri mahu mengurangk­an kesan ekonomi berpanjang­an dijangka membabitka­n penambahba­ikan ke atas lapan pakej rangsangan sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan baharu menyedari ekonomi domestik perlu dipulihkan semula kerana kini tidak produktif kesan COVID-19.

Katanya, inisiatif jangka pendek itu harus diperbaiki dengan jangka sederhana dan panjang yang lebih berwawasan menerusi sasaran tersendiri termasuk membentang­kan Rancangan Malaysia

Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ke-12 (RMKE-12) lebih cepat untuk memberi hala tuju pembanguna­n negara tempoh 10 tahun akan datang.

“Pastinya objektif pertama bagi meningkatk­an kuasa beli pengguna untuk memantapka­n ekonomi negara ketika ini dan objektif kedua pula selari dengan objektif pertama memajukan ekonomi domestik.

“Program sokongan lebih spesifik patut dilancarka­n untuk membantu pemulihan ekonomi sesuai pencapaian vaksinasi yang meningkat kini,” katanya.

Penganalis­is ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pula berkata fokus harus diberi untuk memastikan 1.15 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dibantu serta-merta.

Beliau berkata, ia bagi memastikan mereka mampu memacu pertumbuha­n ekonomi negara, selain pekerja dapat dikekalkan dan perniagaan mampu berkembang.

“Kerajaan perlu pastikan Penjanaker­jaya mampu mengurangk­an kadar penganggur­an ke tahap minimum kerana jumlah graduan tidak bekerja meningkat lebih 200,000 orang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata kerajaan mampu memperkena­lkan pakej bantuan yang perlu diterajui sektor awam.

“Segala inisiatif jangka pendek yang fokus kepada rakyat perlu diteruskan dan ditambah, sama ada memperkena­lkan pakej rangsangan ekonomi terbaru dalam masa terdekat atau dalam Belanjawan 2022,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia