Berita Harian

Ramalan Azizulhasn­i lima tahun lalu tepat

-

Liu Ying bakal mengetuai kontinjen negara membawa Jalur Gemilang.

Azizulhasn­i bergambar bersama Shah Firdaus di hadapan Velodrom Izu pada 2016 dan 2021.

Dari muka

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasn­i Awang mendedahka­n yang dia sudah membayangk­an akan beraksi di Velodrom Izu bersama rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, lima tahun lalu untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menurut perkongsia­n di Facebook miliknya semalam, pelumba berusia 33 tahun itu, berkata impian itu mula dipasang sebaik tamat Kejohanan Asia pada 30 Januari 2016 di Bandar Izu di wilayah Shizouka.

Katanya, ketika itu dia dalam misi mengutip mata bagi layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan berjaya membawa pulang beberapa pingat daripada acara yang disertai.

“Selepas habis satu-satu pertanding­an, saya akan memakukan kedua biji mata saya ke arah venue perlumbaan sambil berfikir atau membuat sedikit refleksi.

“Ketika itu saya sedia maklum yang Jepun adalah tuan rumah untuk kitaran Olimpik seterusnya dan pihak mereka sudah menyatakan dari awal lagi yang mereka akan menggunaka­n Velodrome Izu ini sebagai venue mereka.

“Saya memandang ke arah itu sambil memasang niat dan impian yang saya akan kembali lagi ke sini selepas empat tahun. Dalam ramai-ramai rakan sepasukan yang berlegar di parking lot, saya amat yakin dan nampak yang Mat Shah Firdaus lah paling bersedia untuk ke temasya itu dalam masa empat tahun lagi.

“Jadi, saya panggil dia dan mengajak untuk ‘berselfie’ dengan berlatar belakangka­n Velodrome Izu,” kata pemenang gangsa Olimpik Rio itu.

Azizulhasn­i yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ berkata, dia ketika itu turut memberitah­u Shah Firdaus yang dia mengambil swafoto itu bukan sekadar untuk memori mereka tetapi ia akan menjadi impian dan cita-cita bagi tempoh empat tahun lagi.

Katanya, selepas empat tahun, dia dan Shah Firdaus sepatutnya sudah berada di tempat yang dijanjikan untuk kembali mengambil swafoto tetapi terpaksa akur apabila Olimpik Tokyo ditangguhk­an selama setahun kerana pandemik COVID-19.

“Akhirnya, selepas tambahan satu tahun menanti, berbaki tiga hari lagi kami akan terbang ke sana kembali. Insyaallah jika di izinkan oleh Allah, kami akan terpacak di tempat yang dijanjikan sebelum ini.

“Semua ini bermula hanyalah dari sebuah impian dan cita-cita kecil kami berdua. Dan kini siapa sangka, ianya hampir menjadi sebuah realiti. Doakan Kejayaan Kami. Terima Kasih Malaysia,” katanya.

Saingan bagi basikal trek akan bermula 2 hingga 8 Ogos ini di Veledrom Izu, Tokyo dengan Azizulhasn­i dan Shah Firdaus akan beraksi dalam acara keirin dan pecut.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia