Berita Harian

‘Tugas besar demi negara’

-

Selain Khairul Anuar dan Syaqiera, cabaran kontinjen negara kali ini turut digalas 28 atlet lain membabitka­n sukan badminton (lapan), terjun (enam), pelayaran (empat), berbasikal (dua), gimnastik artistik (dua), golf (dua), renang (dua) dan menembak (satu).

Berdasarka­n situasi pandemik COVID-19 yang masih belum reda, Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang tiga pingat dari Tokyo termasuk satu emas yang menjadi buruan sejak menyertai Sukan Olimpik pada 1956 di Melbourne.

Sukan badminton, terjun dan basikal menjadi prospek utama negara bagi meraih pingat kali ini.

Jaguh basikal trek, Datuk Azizulhasn­i Awang pula menjadi taruhan terbaik kontinjen Malaysia bagi menamatkan penantian meraih emas pertama di temasya terbesar dunia itu.

Walaupun ia satu tanggungja­wab besar, namun Azizulhasn­i yang diberi julukan The Pocket Rocketman bersedia untuk menggalas tugas berkenaan demi Malaysia.

“Tekanan tetap ada bagi mana-mana atlet, apatah lagi sasaran pingat emas pertama negara dalam temasya terbesar dunia itu. Tapi bagi saya, ia sebagai satu tanggungja­wab besar yang perlu dipikul demi negara.

“Saya sahut cabaran itu secara positif (prospek emas) untuk memperagak­an aksi lebih baik dan bertenaga untuk memburu kejayaan yang membanggak­an. Namun apa pun keputusan, saya serahkan kepada Allah,” kata Azizulhasn­i yang memenangi gangsa pada Olimpik Rio 2016.

Dia yang akan beraksi dalam acara keirin dan pecut di Tokyo, pernah mencipta sensasi muncul juara keirin di Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong, selepas hanya memperoleh pingat perak pada 2010 dan gangsa pada 2015 dan 2016.

Sukan Olimpik Rio 2016 menjadi pencapaian terbaik kontinjen negara setakat ini apabila membawa pulang empat perak dan satu gangsa.

Perak disumbangk­an menerusi Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton perseorang­an lelaki, Goh V Shem-tan Wee Kiong (beregu lelaki), Chan Peng Soongoh Liu Ying (beregu campuran) dan Pendelela Rinong-cheong Jun Hoong (terjun), manakala Azizulhasn­i gangsa keirin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia