Berita Harian

China anggap syor audit makmal tindakan angkuh

-

Cadangan WHO siasat Institut Virologi Wuhan dikecam Beijing

Beijing: China menyifatka­n cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengaudit makmal bagi menyiasat asal usul COVID-19 menunjukka­n tindakan tidak hormat dan angkuh terhadap sains.

Jumaat lalu, WHO berkata tahap kedua siasatan antarabang­sa harus merangkumi pengaudita­n makmal China, di tengah-tengah peningkata­n tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) untuk menjalanka­n siasatan ke atas Institut Virologi Wuhan dan menjelang lawatan Timbalan Setiausaha AS, Wendy Sherman ke China pada hujung minggu.

Cadangan yang digariskan oleh Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s termasuk menjalanka­n audit ke atas makmal dan institusi penyelidik­an relevan yang beroperasi di kawasan kes pertama dikesan terhadap manusia yang merujuk kepada Wuhan di China.

Wakil Menteri Kesihatan China, Zeng Yixin pada sidang media semalam berkata, beliau sangat terkejut dengan cadangan itu yang disifatkan tidak menghormat­i dan angkuh terhadap sains.

Beijing menolak keras idea bahawa virus mungkin berpunca daripada kebocoran makmal dan ia semakin mendapat perhatian.

Beijing berulang kali menegaskan bahawa kebocoran itu sangat tidak mungkin berlaku berdasarka­n kesimpulan yang dicapai oleh misi bersama Who-china ke Wuhan pada Januari.

Pengarah Makmal Biokeselam­atan Nasional di Institut Virologi Wuhan, Yuan Zhiming, berkata tidak ada kebocoran patogen atau kemalangan jangkitan terhadap kakitangan yang berlaku sejak makmal dibuka pada 2018.

AFP

 ?? (Foto AGENSI) ?? Beberapa pengawal keselamata­n berkawal di hadapan Institut Virologi Wuhan.
(Foto AGENSI) Beberapa pengawal keselamata­n berkawal di hadapan Institut Virologi Wuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia