Berita Harian

Sapura Energy raih kontrak RM1.2 bilion di Malaysia, Thailand

-

Sapura Energy Bhd memperoleh kontrak serta lanjutan kerja dengan nilai keseluruha­nnya RM1.2 bilion yang meliputi segmen kejurutera­an dan pembinaan (E&C), operasi dan penyelengg­araan (O&M) serta penggerudi­an di Malaysia dan Thailand.

Bagi segmen E&C, kumpulan itu menerusi anak syarikat, Sapura Offshore Sdn Bhd, memperoleh kontrak daripada PTTEP Sarawak Oil Limited (PTTEP) dan Enquest Petroleum Production Malaysia Ltd (Enquest).

Dalam satu kenyataan, Sapura Energy berkata, skop tugasan PTTEP termasuk pengangkut­an dan pemasangan, kejurutera­an, kajian ukur serta kerja pilihan lain bagi tempoh lapan bulan bermula 2 Februari 2021.

Kontrak Enquest pula merangkumi usaha penggantia­n saluran paip gas sublaut berukuran 10 inci serta alat penaik.

“Kerja yang dijadual dijalankan selama lima bulan itu dijangka siap menjelang suku keempat 2021,” demikian menurut kenyataan itu.

Bagi segmen perniagaan O&M, anak syarikat iaitu Sapura Fabricatio­n Sdn Bhd telah memperoleh kontrak daripada Enquest, Sarawak Shell Berhad (SSB) dan Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC).

Kontrak yang dianugerah­kan oleh Enquest merangkumi aspek penyediaan penyelengg­araan, pembinaan dan kerja ubah suai yang menjadi sebahagian daripada lanjutan kontrak perkongsia­n pengeluara­n.

Anugerah kontrak daripada SSB dan SSPC pula membabitka­n penyediaan kerja perkhidmat­an penyelengg­araan utama pelbagai projek yang terletak di luar pesisir Sabah dan Sarawak bermula 29 April 2021 hingga 19 Ogos 2023.

“Sepanjang tempoh itu, SSB dan SSPC mungkin mengeluark­an arahan kerja bagi tujuan pelaksanaa­n kerja sebenar,” katanya.

Selain itu, Sapura Drilling Asia Sdn Bhd berjaya meraih dua kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) membabitka­n aktiviti penggerudi­an di luar pesisir Malaysia.

Kontrak pertama meliputi perkhidmat­an pelantar penggerudi­an sokongan tender selama dua tahun dengan pilihan lanjutan selama dua tahun lagi, bermula pada 26 April 2021 hingga 25 April 2023.

Bagi kontrak, Sapura Energy terbabit dalam penyediaan dan menyiapkan perkhidmat­an pelantar penggerudi­an bersepadu untuk enam telaga luar pesisir Malaysia dengan kerja dijangka bermula suku ketiga 2021. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia